Selasa, 30 Disember 2008

Kenapa 2008 Tahun Istimewa?

2008 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit buat aku. Tatkala banyak perkara yang aku belajar sepanjang tahun 2008. Aku mengaku, aku lebih mengenali dunia sebenar hari ini sepanjang tahun 2008, baik positif mahupun negatif. Aku berlajar untuk menjadi manusia yang lebih berguna, tapi hanya Tuhan yang mampu untuk mengukur perubahan sikap yang telah aku alami. Ingin aku kongsi bersama event-event dan perkara-perkara yang aku sertai sepanjang 2008 ini, di mana aku telah mempelajari erti sebenar dunia hari ini.

14 JANUARI
8TV ROCKING BIRTHDAY EVENT

Tirai 2008 dibuka dengan 8TV Rocking Birthday Event yang telah diadakan di Central Park Avenue, One Utama, Petaling Jaya. Ini merupakan konsert tv pertama yang aku pergi, bagi menyaksikan bagaimana suasana LIVE yang hebat diperkatakan umat manusia. Tapi, dukacita aku maklumkan, konsert tv pun, aku rasa beberapa artis telah melampaui batas-batas tontonan umum. Seperti aksi abang Faizal kita yang amat gah menunjukkan spray 'S' di dadanya. Aku kurang mengerti apa motif dia melakukan sedemikian, tapi siapakah aku untuk mempersoalkan benda benda sebegitu. Walaubagaimanapun, aku rasa 8tv sama sekali telah menjayakan konsert yang amat mantap, dengan barisan artis yang tak kurang hebatnya juga.


4 APRIL
LAYAR TANCHAP

Layar tanchap merupakan satu live performance yang aku rasa amat amat bagus untuk diteruskan untuk masa masa yang akan datang. Jenis muzik yang diketengahkan di layar tanchap tidaklah heavy, tetapi amat sentimental sebenarnya, dan amat sesuai untuk orang yang gemarkan muzik lembut untuk santapan minda, bolehlah pergi layar tanchap. Konsep santai yang diketengahkan di layar tanchap amat praktikal. Layar tanchap kali ni aku pergi membariskan artis artis yang thumbs up pada aku seperti Miss Fynn, Ana Raffali, Funky Doryz, Decma dan yang paling aku suka, muzik asli yang dipersembahkan pelajar TEKA Uitm.


17 MEI
SRI AMAN BOTB
Battle Of The Bands pertama aku - syabas aku ucapkan kepada organizer kerana event yang telah dilangsungkan ini boleh dikatakan terkawal. Bands yang perform juga tidaklah mendukacitakan dan para jurinya juga amat praktikal dari segi pemilihan pemenang. Mungkin dari segi entrance time yang telah ditetapkan perlu diperbaiki, jika korang semua sedia maklum, band band kadang kala datang lambat sebab hal hal tertentu, jadi timing untuk soundcheck perlu ditetapkan dengan betul, so bila band perform, takdalah buang masa nak soundcheck.

25 MEI

RANTAI ACOUSTIC NIGHT

Event ini menyaksikan penglibatan artis indie wanita sebagai tonggak utama sesebuah band/solo. Jarang kita jumpa event event yang menghargai penglibatan wanita sebagai lead singer, jadi Rantai acoustic night ini sudah tentu bukan calang calang event untuk ditonton. Barisan artis seperti Yuna, Ana Raffali, Miss Fynn, Robot Asmara, Lovesick Ave. dll. Ber-mc kan abang Bandu Funky Doryz, aku rasa event ini satu lagi kejayaan Rantai, walaupun audience takdelah banyak mana. Jadi takdelah sesak semacam.



30 MEI
BBQ NINE
Event ni sebenarnya tidaklah aku dijemput personally, aku diajak kawan aku gara gara invitation sepatutnya untuk 2 orang. Jadi setibanya di sana agak agak jam 8.30pm, rupa rupanya ramai jugak kawan aku yang pergi. Tapi sumpah sikit pun aku tak makan. Ye lah, bukan aku masak ayam aku, jadi kesian la kat orang yang mengipeh. Lepas tu layan tengok awek awek hot bercium sesama mereka. Aku rasa geli pun ada, tapi daripada takde apape aktiviti, baiklah ada sikit buat tontonan kaum Adam.



7/8 JUN
ROCK ON RAVE
Rock On Rave diadakan di Rootop Cineleisure Damansara dengan entrance RM 35 tak silap. Event ni bukan event sebarangan, masuk pun kena ada security check, yang aku rasa bau badannya takat masam tak masam la. Tutup hidung juga aku ni. Aku datang sehari je iaitu pada 8 Jun, dan event ni aku bukan pergi suka suka, aku masuk pun sebab aku booth agent (dilantik oleh saudara aku), under booth Oh Chentaku dan booth aku betul betul sebelah booth Bangkit. Setibanya di sana, meja dah buka, tapi event belum start. Dalam jam 2.00pm baru event start, dengan opening act by Bunkface (sepatutnya mereka perform 7hb), tapi sayang, opening takda orang lagi. Dalam pukul 5pm baru orang sesak nak datang. Kat situ, beberapa artis jugalah yang aku jumpa macam Rina Omar (dia emcee kot), lepas tu ada Nik Adruce (pelakon Brainscan tu) dengan Sharifah Arianna (pelakon Mukhsin). Tapi sumpah Rock On Rave sangat rock.


22 JULAI
PEMERGIAN ATUK TERSAYANG.
Tahun ni juga sebenarnya aku bergelumang dengan pengejaran masa, sebab banyak masa aku tahun ni dihabiskan dengan menjaga Atuk aku yang sakit sejak bulan 8 tahun lepas. Dia menghidap kanser tekak, mungkin gara gara merokok. Di kala akhir akhir hidup sihatnya, barulah dia ambil inisiatif untuk berhenti
merokok. Masa itu pun suara arwah dah tak ada. Jadi pada tanggal 22 Julai, bersaksikan seluruh ahli keluarga yang hadir, atuk aku pergi dengan hanya sekali hembusan nafas. Tapi sayang, aku tiada di sisinya ketika dia pergi. Cukup sedih untuk aku gambarkan tangisan ibu aku yang meraung di dalam kereta, apatah lagi tangisan aku. Tiap teguran aku padanya kini aku sesali. Tapi, nak buat macam mana, Allah lebih menyayangi atuk aku, aku tidak boleh berbuat apape selain redha pada ketentuan Allah.

29 JULAI
CHELSEA ASIA TOUR 2008
Game ini diadakan lebih kurang 8 hari selepas pemergian atuk aku. Kalau nak ikut, perasaan hiba itu masih ada, dan aku taknak pergi pun. Tapi sebab dah beli tiket yang agak mahal lah sebenarnya, jadi aku pergilah bagi mengelakkan pembaziran. Aku rasa bertuah dapat pergi, ye lah, dapat tengok Ferreira kesayangan aku walau sekecil semut pun jadilah. Game lama tu aku rasa pasukan Malaysia tidak kurang hebatnya. Hanya 2 gol je yang berjaya dibolosi Chelsea hasil tendangan Anelka dan Lampard. Aku tak berani nak komen apape, sebab yelah, aku tak lah sebijak mana nak komen tentang bola, in any way, Malaysia gave a effort.

2 OGOS
LAYAR TANCHAP MERDEKA
Layar tanchap ni aku pergi tanpa dirancang. Tujuan pergi pun nak tengok Ayah Agi perform, sebab sepupu aku pelajar TEKA (student dia) jadi nak tengoklah bagaimana Tuan Pensyarah buat persembahan. Aku rasa layar tanchap merdeka juga satu lagu kejayaan yang dikecapi mereka. Crowds yang datang juga amat memberangsangkan, dan band yang perform juga tidak kurang hebatnya. Aku paling berminat menonton filem pendek berkisahkan muzik indie, tapi sayang, filem itu hanya sempat aku tonton sekerat jalan. Di Layar Tanchap ni jugalah aku baru tahu Miss Fynn sudah berpunya apabila dia mempersembahkan puisi Budak Sunyi dan Pari Parinya. Again, aku tidak tunggu sehingga habis, kerana banyak hal yang perlu dilaksanakan.


13 OKTOBER
PMR
Penilaian Menengah Rendah 2008. Bersaksikan Dewan Bestari, SMK Seksyen 11, Shah Alam, aku telah duduk di meja BH029 K025 selama 5 hari berturut turut. Kalau ikut memang tension kerana PMR diadakan beberapa hari selepas Raya Aidilfitri, jadi tak berapa enjoy nak raya. Walaubagaimana pun, syukur Alhamdulillah, persediaan yang awal menyebabkan aku kurang tension hendaknya. Bukanlah mudah semua kertas yang aku jawab, ye lah, PMR JE *kata orang* tapi syukur, aku boleh jawab.

26 OKTOBER

OPEN HOUSE RUMAH NABILAH
Kenapa aku kata open house NabilahRadzi ni istimewa, sebab open house dia aku tunggu sampai malam, dan ye lah, aku nak admit, aku excited dapat jumpa Hujan kat situ. Besides, sempat juga aku jadi suri rumah kat situ, tolong Cik Nabilah basuh pinggan, along with MaryamAdila dan Mia. Kami balik agak agak jam 9pm. Lepas tu aku terus kena marah sebab balik lambat. Hish.




18 NOVEMBER
MUSIC RESITAL AT SUMMIT HOTEL
Pada malam 18 November ni, aku diminta oleh Cikgu sekolah untuk membuat persembahan bagi event Malaysia-Thailand Educational Joint Research 2008 di Summit Hotel, Subang Jaya. Aku telah menyanyikan lagu My Way dan Gambang Semarang. Ini first time aku perform untuk orang luar, jadi agak kekok, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tak lupa juga pasukan tarian sekolah aku yang tidak kurang hebatnya. Syabas semua!


28 NOVEMBER
GIRLS DAY OUT
Pada hari Jumaat ni, aku, kakak, Hannah, dan Kak Ica(sepupu) telah menjelajah satu kota Kuala Lumpur, (takdelah satu kota) tapi satu kota Bukit Bintang tanpa tujuan yang spesifik. Kami berjalan dari KLCC, ke Pavillion, seterusnya ke BB Plaza/Sg Wang, kemudian ke Times Sq. Selepas itu ke KLCC semua dan kemudian bergerak ke Traders Hotel. Dengan hanya sekadar RM50++ di poket, cukuplah untuk jelajah satu BB. Di Traders hotel, sempat kami lepak di situ bersama Ibu dan kakak Hannah. Sempat juga kami lepak di PoolSide. hehe dengan muka tak malu.


6 DISEMBER
LIVE IS MUSIC
Live Is Music Charity Event telah diadakan di Dewan Melati seksyen 7, shah alam. Amat dukacita dimaklumkan bahawa event ini satu kerugian besar. Dengan crowds yang boleh dikira jumlahnya, aku rasa kesian kat organizer yang terpaksa menangung malu/kerugian. Bands sampai 12, tapi sayang tiada crowds, mungkin kerana ramai yang telah pulang ke kampung kerana sambutan Raya Haji (8hb) yang bakal tiba. Anyway, aku sebagai crew tumpang sedih akan ketidaksampaian objektif event ini.

Spina Bifida.


14 DISEMBER
RANTAI ART EVENT

Rantai kali ini diadakan di tempat yang sama iaitu di Red Bungalow, KL pada 12, 13 & 14 Disember. Dari segi kualiti artwork, aku ucapkan syabas kepada team rantai kerana mereka pasti sudah memperbaiki mutu artwork yang dipilih. Selain itu, bilangan art booth juga mungkin perlu ditambah bilangannya, tapi dengan melalui proses pemilihan yang juga berkualiti. Aku juga sempat menonton persembahan seorang saudara baru Islam kita, iaitu saudari Aleya. Saudari Aleya menceritakan pengalamannya melalui hidup yang penuh kebencian dan penindasan terhadap kecintaannya terhadap Islam. She was a superb Allah's creation. In any way, Rantai merupakan satu lagi kejayaan.


20 DISEMBERBER
CUTI DI GENTING.

Jujur aku cakap, ini kali pertama dan mungkin terakhir tahun ini aku bercuti. Bukannya apa, selain ketiadaan masa untuk pergi bercuti sebab sibuk perah otak untuk PMR, (ceh) kerana sibuk menjaga nenek di rumah juga menyebabkan aku sekeluarga tidak sempat untuk pergi bercuti. Syukur Alhamdulillah dapat juga pergi akhirnya. Tapi sayanglah, sebab aku rasa amat rugi masuk ke outdoor theme park. Pertama, harga tiket yang agak mahal, kedua, tak sampai 2 game pun kami main, hujan/rebas sudah mula turun. Sampai pukul 7 kot, langsung kami main di Indoor park, dengan menggunakan wriststrap outdoor. hehe jahat!





30 DISEMBER
KEPUTUSAN PMR 2008
melabuhkan tirai dengan kejayaan 8A yang aku kecapi. Syukur ke hadrat Illahi aku dapat mencapai impian ibu bapa aku, aku dapat lihat wajah kegembiraan ibu dan kakak aku, merasai kesyukuran ahli keluargaku dan mendengar ucapan tahniah daripada kawan kawan ku. Aku tak pernah merasa segembira ini, mungkin sebab sekarang aku mampu berfikir, baik buruk sesebuah keputusan yang boleh membawa perubahan dalam hidup aku. Sejurus aku menerima slip keputusan di tangan, aku gapai ibu aku dan terus menangis. Lepas tu aku dapat kan cikgu cikgu aku, cium, ucap terima kasih pada mereka. Ya lah tanpa mereka siapa lah aku.Selepas pulang mengambil slip peperiksaan, aku pergi membuang masa bersama Amiera, Asyiqin, Kae, MaryamAdila dan Phee. Cukuplah ini sekadar hadiah kejayaan sementara aku ni. Tidak aku meminta lebih. Ini semua rezeki masing-masing. Hanya Allah mampu menentukan kejayaan seseorang. Aku amat bersyukur dikurniakan ibu bapa yang amat memahami, kawan-kawan yang lantang bersuara dan ahli keluarga yang mengambil berat. Alhamdulillah sekali lagi. Aku bersyukur. Tahniah kepada semua pelajar PMR 2008. Syabas aku ucapkan.



Apapapun yang terjadi pada tahun 2008, akan sentiasa aku sematkan dalam minda dan jadikan kenangan yang penuh bermakna. Segala suka/duka yang telah aku tempuhi akan aku jadikan pelajaran. Segala kelemahan aku, akan aku perbaiki supaya aku jadi seseorang yang baru dan berguna. InsyaALLAH, aku akan cuba untuk jadi lebih baik setiap masa dengan azam dan impian yang baru.Selamat Tahun Baru 1430h/ 2009.
Assalamualaikum.

Khamis, 25 Disember 2008

I'm Singing Man!

hey, mind to view this youtube site: http://www.youtube.com/watch?v=suUB4KlOsRI&feature=channel_page (if you do have youtube acc) and give out your opinion. I'm pleased to hear any comments. Thanks.




video ini dirakam di rumah Aina, di mana bbq telah diadakan di rumah dia malam 24 Disember. Tapi, bbq ini tiada kena mengena dengan Sambutan Hari Natal, sesungguhnya hanya itu masa yang sesuai diadakan. Video ini dilakukan secara spontan, jadi segala kesilapan yang korang nampak, memang kerana kurang persediaan.
Selain itu, kalau korang browse video video di youtube dengan taip 'Munifah', ada jugalah korang jumpa video video aku yang amat memalukan.
Contohnya video ini juga.



Yang ini aku perform masa persaraan Pengetua sekolah aku. Memang bila difikirkan balik, apa kejadah aku nak perform My Heart kat persaraan dia, tapi alang alang dah dapat slot, aku cari aja lah lagu yang aku dapat.
Video yang selainnya, korang tak payah cerita, ada aku menari tango, ada aku tengah miming misery business dan banyak lagi.
Apa apa pun, aku tak pernah ambil serius tentang komen komen atau kutukan yang aku pernah terima, sebab aku rasa video itu aku buat tiada reason yang istimewa. Unless i worked my ass off and got kicked because of it.

Selasa, 23 Disember 2008

Spesies manusia yang aku memang tak boleh tahan.

Blog ni mungkin agak kasar untuk dibaca, maaflah kerana terlampau emosional.
______________________________________ 
Walaupun aku baru hidup tak sampai setengah abad kat dunia ni, tapi aku rasa kalau aku ada spesies orang yang kurang enak kat sekeliling aku ni, aku rasa aku akan cepat mati atau I barely couldn't breathe, boleh kena heart attack. Sangat cliche bila kita baca tentang ciri ciri orang yang kita kurang minat.

Pernah aku terbaca di blog Melayu minimalis, blog blognya yang berlabel pemerhatian sangat menarik minat aku. Boleh juga sebenarnya aku menilai diri aku sendiri bila membaca blog si abang MM ni. 

Aku ni bukanlah orang yang jenis memilih (mungkin juga ya), dan bukanlah juga jenis seorang yang takut pada kekotoran (Automysophobia lah kiranya), aku ni seorang yang optimis dan berfikiran terbuka. 

Tapi ada juga sikap yang aku tak boleh tahan bila berdepan dengan makhluk Tuhan yang macam ni:

  • Spesies yang makan gelojoh.
Spesies orang macam ini aku paling kurang minat. Bukan kurang, tak suka gila babi la.
Bukannya apa, kalau makan laju tu aku boleh terima lagi, 
ni dah la laju, pastu kalau boleh nak lahap sebesar gunung makanan tu kalau boleh.
Yang aku hairan, makanan taklah lari kemana pun, tapi nafsu yang memuncak
bila lapar tu, memang aku amat disgust bila tengok.

  • Spesies yang meludah ikut suka. 
Orang orang macam ni aku rasa pergi buat negara sendiri lah.
Paling aku pelik, kenapa kalau nak ludah, dengah kahak kahak yang kuning tu
kau nak tunjuk kat orang. Tak ada ke sedikit rasa malu ke, segan ke bila meludah tu.
Yang memalukan, orang melayu yang banyak buat macam tu.
Bukan lah aku nak wujudkan sebarang diskriminasi, 
tapi ini kenyataan sekarang, dan aku sangat sangat benci orang macam ni.

  • Spesies yang tak flush mangkuk tandas.
Bila aku tulis kategori ni, aku rasa nak termuntah.
Sebab aku boleh bayangkan betapa pengotornya orang yang tinggalkan
sisa tinjanya macam itu je.
Orang macam ni aku rasa baiklah buat tandas sendiri.
Sangat geli bila difikirkan semula.

  • Spesies yang menggunakan kata kata lucah tidak kena tempat.
Orang orang macam ni berlambak kita boleh jumpa.
Tak kesahlah kau nak mencarut sebanyak mana, tapi kenalah tengok tempat.
Kalau kau mencarut dengan kata kata lucah semata mata untuk
jadi centre of attention, aku rasa lupakanlah niat kau tu.
Aku paling pantang kalau guna perkataan fuck tidak kena pada tempatnya.
Contohnya, apabila seseorang itu fail exam (misal kata),
terus menjerit, what the fuckkkk!
Aku rasa tak relevan kau nak cakap macam tu, sebab salah kau juga kau
nak mengenakan perkataan fuck tu di hadapan result exam.

  • Spesies manusia yang memotong queue.
Ini memang spesies manusia yang kurang pelajaran lah aku rasa.
Kalau aku jumpa, janji temper satu badan aku dibuatnya.
Lagi lagi kalau di mesin ATM atau di mana tempat yang menggunakan sistem beratur.
Sudah tertera terang-terangan, Sila Beratur,
takkan tak boleh baca?
Peliklah. Aku rasa orang macam ni darjah 6 pun mungkin tak lepas.

  • Spesies yang tak reti nak angkat telefon, tapi caller ringtones nak gempak.
Oran macam ni aku rasa takda telefon pun takpa agaknya.
Kalau aku ada masa jumpa orang macam ni, mahu aku rampas handphone nya dan
langsung kasi adik saudara aku pakai.
Dia lebih mahir menjawab telefon dan bukanlah sekadar nak showing caller tunes yang
standard nak gempak je.
Orang macam ni aku rasa pemalas yang amat. Bukannya aku call nak kutip hutang ke,
tapi mungkin ada emergency, mana tahu?

  • Spesies orang yang banyak bertanya semasa menonton wayang.
Ho, yang ini aku memang anti gila babi.
Kalaulah aku tengah tengok cerita favourite aku,
aku pasti akan fokus menonton sampai korang tak dengar aku menghela nafas.
Tapi kalau sedikt pun saat aku ditanya dengan soalan soalan macam ni,
'Lepas ni apa jadi?'
'Dia ni siapa?'
'Ending nya apa cerita?'
Alamat korang dapat maki daripada aku.
Sorry to say, but yes, no doubt I will do that.



  • Spesies manusia yang tak reti nak berterima kasih.
Kalau orang yang macam ni,
aku sangat sedih sebenarnya,
lebih lebih lagi kalau aku dah buat sesuatu yang aku rasa
segala tenaga zahir dan batin telah aku curahkan, tapi sedikit pun langsung tak
pernah nak berterima kasih. Mungkin ada mereka cakap secara langsung, 
tetapi bukan dalam nada yang ikhlas. 
Aku pernah sesekali menangis sebab aku rasa aku ni tidak
tak berguna, but it turns out, orang orang yang macam ni memang berlambak di pasaran.
Cuma kita tak tahu siapa.

  • Spesies manusia yang lupa kawan.
Yang ini maaf kalau ada di antara kawan kawan aku yang terasa.
Sejujurnya aku tidak bermaksudkan sesiapa.
Tapi memang, orang orang macam ni antara manusia yang aku benci nak lihat lagi.
Kalau Tuhan dah kurniakan aku sahabat macam ni,
apa yang aku boleh buat selain bersyukur.
Tapi kadang kala kita tidak dibalas dengan seadanya.
Mungkin ada yang sudah jauh meninggalkan aku dari segi mental dan fizikal,
mungkin lebih kaya dan bijak,
tapi sekali aku sudah reject kau, dan kalau kau nak memohon maaf dariku,
sorry, aku taknak terima.

  • Spesies manusia yang menunjuk untuk dapatkan perhatian.
Orang yang macam ni aku kategorikan dalam aspek,
orang kurang mendapat perhatian.
Mereka mereka yang terdiri daripada orang macam ni 
mungkin kurang belaian ibu bapa,
langsung mencari jalan mudah untuk dijadikan publisiti. Nak dijadikan satu cerita,
pernah aku berjalan dia Pavilion, Kuala Lumpur (carita kakak aku)
terlihat aku seorang budak kecil yang agak agak berumur 10-11 tahun,
badan kecil kurus dan rendang,
tapi sedang menghisap rokok sambil kawannya menangkap gambar.
Aku peliklah, kau nak canang satu myspace ke kau merokok?
Atau saja nak buat tontonan percuma dia Pavilion tu.
Tak dapat aku deny bahawa ada mata mata yang tua memandang sambil menggeleng.
Tapi apakan daya,
dia boleh la berkata,
'Aku punya suka lah'
ish rasa nak hentak je budak macam ni. So disrespect.



Inilah antara janis jenis manusia yang aku benci kat dunia ni. 
Kalau nak ikut, beratus-ratus jugalah jenis orang yang aku benci, 
tapi aku mampu menulis sekadar di sini sahaja. Nak panjang-panjang,
nanti sahaja lah. Kita hidup kat dunia ni kena saling bertolak ansur.
Bukan main taram ikut suka. Hidup ni memang susah nak capai keadilan,
tapi kita sebagai penduduknya, sama samalah fikir consequences yang bakal tiba.

p/s: Aku teringat kat ex-boyfriend aku lah, Jesse McCartney.




Rabu, 17 Disember 2008

Budak Kecik Sekarang Pandai Posing Maut.

Setelah seharian di kampung, rasa bosan itu memang ada. Sumpah aku cakap. So, dalam bosan bosan tu, aku tangkaplah gambar-gambar adik saudara aku, anak kepada ACIK aku. Aku bagitahu korang, mereka 4 beradik ni bukan calang-calang budak kecik, kalau nampak aku pegang kamera, mesti nak kena tangkap gambar mereka. Fotogenik satu hal, lepas tu gambar kalau boleh nak tangkap beribu. Fuhh, kena minta payment lepas ni. Hehe, jom lah kenal satu satu sepupu aku yang kecil kecil ni.

Ini yang paling sulung. Baru berusia 7 tahun, tapi perangai macam 40 tahun. Marah adik sikit punya garang beb. Ben10 menjadi kegilaan dia. Kami di kampung panggil dia CHAMP. Tapi Champ ni kurang fotogenik sikit, jadi aku dapat snap 1 je gambar dia.


Kemudia ada si Angah. Dipanggil ACE, berumur 5 tahun. Si kecik ni pelat satu hal. Kalau nak cerita, memang tergelak gila babi la. Nak lihat satu conversation:

ACE: 'paktu paktu, tati abang terdaya!'
Paksu : HEH? 
rupa rupanya, 'paksu paksu, kaki abang berdarah!'

dan macam tu lah keesokan harinya.

Seterusnya, ada si kakak. Anak ke-3. Aku panggil Shasha. Yang ini, sikit punya mak latup kau. Suka sangat pakai make-up. Risau aku. Kang belum besar muka... Taknaklah aku cakap. Yang ini pelat 'S'. Korang faham faham lah pelat 'S' macam mana. Gambar ni aku dapat snap masa dia tengah baring dan juga masa dia tengah garu leher. Bila dia dah berhenti garu, aku suruh dia garu lagi, agak agak dapatlah shot lawa sikit. Heh.

Kemudian, yang paling kecil. Najiha namanya. Umur nak masuk 3. Aku panggil dia YAYA, atau Jiha. Si kecik ni paling ciwek (kuat menangis). Tapi kalau nak tangkap gambar, yang ini paling senang nak deal. Gambar yang 1st snap tu aku suruh dia buat muka terkejut, seterusnya sedih, lepas tu gembira, lepas tu blurr. Hehe, bolehlah aku dapat satu dua daripada takde. Aku paling tak tahan gambar yang bawah nama Najihah tu, shot blurr yang aku suruh buat. Heh, tu dah macam muka high je. Adalah daripada takde. Si Jiha ni kalau bercakap, aku masih kurang mengerti apa yang dia kata, tapi Alhamdulillah, dia faham apa aku cakap.

Gambar gambar ni ditangkap masa mereka 4 beradik tengah lunch Nasi lauk kicap dengan air gas strawberi. Jadi korang nampaklah beberapa gambar yang mulut tu comot-comot dengan misai merah, haha

Bahagianya aku tengok 4 adik saudara aku ni. Mereka akan menerima adik ke-5 tahun depan. Moga moga selamat ibu mereka lahirkan bayi itu dan harap harap lah nama korang tak panjang panjang, susah aku nak mengingatnya. 

p/s: nak pulaklah aku adik baru. Tapi mak aku pun dah lanjut usia. mmm.

Isnin, 15 Disember 2008

Semalam Di Kuala Lumpur





Selepas beberapa jam pusing K.L. aku gerak RANtAi Revelation. Artworknya sangat best, two thumbs up. Tapi suasananya sunyi, kurang menarik kerana cuaca yang tidak mengizinkan, dan juga art booth yang kurang meriah. Tapi RANtAi kini jauh lebih baik. Syabas.

Khamis, 11 Disember 2008

Semangat Mahu Kurus

Raya Haji/Qurban baru sahaja berlalu. Rasa rasanya raya Qurban sumpah lagi meriah. Entahlah kenapa kan. Tapi seriously, kemeriahan Raya Haji ni macam berlipat kali ganda meriahnya. Dengan nenek aku yang sibuk dok buat ketupat, rendang, kuah kacang, agaga terliur pulak aku depan skrin komputer ni.


Aku kini dah resign. Dah berhenti start 2 haribulan disember. Sekarang rasa rindu gila pula kat akak kedai buku tu. Rindu juga kat abang Giordano yang comel lote tuh.


Semenjak dua menjak aku berhenti kerja ni,
nafsu makan aku makin bertambah-tambah kuatnya. Lagi lagi baru habis Raya Haji ni. Berat pun macam dah berkilo kilo naik, haish, makin runsing aku dibuatnya. Rasa macam dah telan se-tan lembu. Huish, aku masih dalam mood raya ni ye.


Jadi, sebelum ni aku ada memutarkan satu persoalan dalam blog Mata aku beratlah, kenapa
lelaki lebih suka perempuan kurus?
Aku ada dapat 2 komentasi

daripada 2 hamba Allah(ye la 2 je):
__________________________
Hunn berkata...

I think its because theyre soooooo typical and that type of boys are soooooo boring. Perempuan pun tak nak kat dia! Haha


----------------------------------------


pjoe berkata...

sebab saya kurus


___________________________


Okay, berdasarkan dua komentasi di atas, sebenarnya komentasi pjoe aku kurang mengerti. Kerana aku rasa macam ada sikit diskriminasi di sini. Ini pada pendapat aku lah.


Komentasi pertama daripada Saudari Hannah.


Okay, mungkin juga lelaki-lelaki yang sangat typical@biasa, yang idamkan awek-awek yang kurus. Mungkin ada yang nak tahap bulimic atau anorexic. Aku tak boleh nak komen kalau lelaki itu boring atau tidak, tapi itu pilihan masing-masing. Dan kebanyakan kini ramai perempuan moden banyak mengamalkan cara cara yang salah untuk menguruskan badan:

Aneroksia.
Anoreksia nervosa ialah penyakit jiwa yang berkaitan dengan masalah pemakanan.
Antara cirri-ciri penyakit ini termasuklah berat badan yang terlalu rendah, bentuk badan yang kurang menarik, dan juga perasaan takut jika berat badan bertambah.
Pesakit anoreksia nervosa sentiasa mengawal berat badan dengan sengaja berlapar dan muntah, bersenam berlebihan, atau menggunakan kaedah penjagaan berat badan yang lain seperti pil-pil diet. Penyakit ini selalunya melibatkan perempuan dewasa, kanak-kanak yang meningkat remaja dan juga golongan lelaki yang meliputi sepuluh peratus.

Bulimia.
Bulimia nervosa merupakan sejenis masalah pemakanan yang amat biasa di kalangan masyarakat yang berada dalam lingkungan 20-an. Penyakit ini sering dikaitkan dengan perasaan ingin muntah, sering menyalahkan diri sendiri dan perasaan susah hati yang membimbangkan dan diikuti dengan selera yang melampaui batasan.


Photobucket



Merokok.
Merokok dalam kalangan wanita kini tidak lagi asing. Kebanyakan mereka memulakan tabiat merokok sejak di bangku sekolah kerana terikut dengan rakan sebaya. Mereka yang merokok rata rata memberikan alasan bahawa merokok boleh menguruskan badan. Sesetengah pula mengatakan emosi menyebabkan diri terdedah kepada keinginan merokok. Ada juga yang mengatakan merokok kini merupakan satu trend.



Pengambilan Pil Kurus/Ubat Pelawas.
Pengambilan pil pelawas kini semakin menjadi popular. Tapi ramai tidak tahu bahawa pil pil sebegini mampu merosakkan buah pinggang si pungguna, dan seterusnya boleh menyebabkan lumpuh separuh badan.

Kadang-kadang aku rasa perempuan yang mengamalkan cara-cara di atas tu gila. Mentally unwell. Sanggup bergadai nyawa sebab nak kurus AJE? Ya Allah, hidup ini pendek, takkanlah nak pendekkan lagi? Tapi memang, aku rasa, kalau sesetengah perempuan itu tidak kurus, boleh menyebabkan gangguan emosi yang teramat. 

Sumpah, pada suatu ketika, aku pernah disisihkan kawan kawan sebab aku ni tak masuk saiz gang mereka. Waktu tu, umur aku belum 15 la, kemudia aku mula berfikir, apa salahkah aku terlebih berat? Kenapa hanya kerana berat aku disisihkan? Di saat itu, aku mula rasa rupa itu penting. Look Does Matter. Lelaki typical yang mungkin dimaksudkan Hannah adalah lelaki yang mungkin mengidamkan girlfriend yang sangat lawa, sampai semua orang mungkin mahu kejar. Dan dia boleh berbangga dengan banda yang dia ada. Maaf, aku mungkin tak campur dengan lelaki macam itu.


Kadang kadang aku rasa disgust, tengok perempuan yang merokok, seolah olah mereka boleh hidup lama kat dunia ni. Aku bukan la wujudkan diskriminasi kat sini, dan dan kawan rapat aku pun smoke juga, tapi ye la, selepas aku tengok arwah atuk aku sengsara barah tekak kerana merokok, aku jadi fobia dan sangat takut apabila berdepan dengan muka muka orang yang tak takut mati ni.


Aku ni jenis berfikiran terbuka, dan aku harap semua orang begitu. Bukanlah aku nak cakap apa, tetapi aku jadi sangat geram apabila perempuan berisi/gemuk disisihkan. Mereka juga manusia, makan minum sama jugak, suap guna tangan. Tapi kenapa ada sesetengah orang yang tak sedar diri ni, senang hati menyisihkan golongan macam ni? Bukan itu sahaja, tambah-tambah dengan ejekan yang tak seberapa, buat e-mel layang, fwaa, emel layang pun dah ada sekarang tau dan macam macam lagi.


Kalau aku ada peluang nak ajar spesies terbiar macam ni, mungkin aku tak akan lepaskan peluang ni. Wahhh, (kedengaran emosional.)


Kemudian komen si abang Pjoe;
adakah maksud anda, jika seseorang itu kurus, pasangannya juga perlu kurus?

Kadangkala aku rasa mungkin perlu,mungkin tidak kerana perspektif orang berbeza. Kalau nak nampak cantik berjalan dengan pasangan, mungkin saiz itu penting lah. Nak lah juga membanggakan bakal mak mertua tu kan?

Tapi kalau sesetengah yang nak buat hiasan je, tapi perangai hampeh, baik tak payah lah kan.Mungkin perasaan cemburu tengah menguasai aku, tapi ada juga faktanya apa yang aku tulis ni. Kalau dulu diskriminasi kaum menjadi isu, kini diskriminasi saiz juga mungkin menjadi isu hangat. Jadi, aku berharap sangat orang orang yang rasa korang tahu menilai ni, tolonglah jangan menilai dari segi saiz badan. Sangat sensitif lah sebenarnya.

----------------------------------------------
Di sini juga aku ada sedikit info macam mana nak kurus.

First thing first, kurangkan makan makanan berkanji. Nasi seperti contoh. Aku rasa itu semua orang tahu, tapi kalau korang kata korang berdiet, sebaliknya makan satu loaf roti tak ingat dunia, tak guna jugak. Tapi ingat, jangan amalkan starvation diet. Nanti nak jaga segala macam penyakit satu hal.

sehingga berjumpa lagi.
MunifahPutri.

Sabtu, 6 Disember 2008

JOM LEPAS GERAM

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

KALI SERIBU JUTA JUTA JUTA KALI.

Selasa, 25 November 2008

Mata aku beratlah

Sorrylah takda masa nak online sebab penat oh, mata ni berat. Tak kesahlah aku ada pembaca setia ke tak kan, tapi kepada sesiapa yang membaca, aku akan aktif online semula start from 11th of December. Jumpa kalian semua.


p/s: Kenapa kebanyakan lelaki suka perempuan kurus? Ini misi aku di blog seterusnya. Boleh kasi pendapat sekarang. Hairan Hairan.

Ahad, 23 November 2008

Hari Ni Aku Jadi Ulat Bulu; Lelaki bermasalah.

Hari ni sumpah aku jadi ulat bulu, tergedik gedik menggedik kat ABANG tu. Ish, cair badan aku tengok ke-innocent-an dia. 

Haha, ke-innocent-an? bahasa apa tu siut? Sumpah BM macam hape.
Nazrin yang semakin hari semakin gay membuatkan aku jealous, ish aku boleh jealous kat Nazrin? For liking that ABANG? sumpah masalah sial. 

Ye lah, lelaki sekarang bermasalah, perempuan berlambak, tapi lelaki jugak yang di cari. Haha, sumpah aku taknak kawan macam tu. Memalukan kaum sendiri. 
Baiklah aku kawan dengan pondan yang serupa perempuan tapi suka dekat lelaki, daripada lelaki sejati yang suka lelaki sejati.
Ish, geli doh.

Bukanlah aku nak wujudkan sebarang diskriminasi berkaitan perihal seksual di sini, tapi bab bab biseks atau homo, sumpah memalukan kaum sendiri. Aku sendiri pandang berat masalah ini.
Ye lah, kita yang lahir sebagai muslim, diajar untuk menyukai kaum yang berlawanan jantina, supaya dapat melahirkan zuriat yang seterusnya supaya agama kita dapat dikembangkan.

Tapi sekarang, lain yang jadi. Dunia dah terbalik, masyarakat dah simpang siur. AlamatNya dah dekat. Tapi, jangan kita berperasangka buruk terhadap orang-orang sedemikian. Ada sebab mengapa mereka berperilaku macam tu.

Ada sesetengah yang pernah dikecewakan, dan sudah serik untuk melaluinya lagi. Ada sesetengah pula langsung tidak berperasaan terhadap jantina berlawanan. Orang-orang macam ni kita kena ajar cara baik supaya mereka go straight. Bukan nak tindas sekeras-kerasnya. Jika tidak, orang-orang dunia ni akan kucar kacir.

Tapi kalau sesetengah tidak dapat menerima, biarlah mereka ikut cara mereka. Kita tiada hak untuk memaksa. 

Cuma sekarang aku nak cakap, ingatlah, kita hidup tak lama. Buat benda betul pun bukan selalunya betul. Jadi, kalau benda yang senang ni pun susah nak ikut, benda yang lain macam mana nak buat. Sebelum kita terlambat, janganlah buat benda benda yang tak elok ni. 

Salam,
MunifahPutri.

Jumaat, 21 November 2008

Tak Cukup Tidur Siut/ Malam Dondang Sayang.

TAK CUKUP TIDUR SIUT.

Barulah aku boleh rasa penat bekerja. Bangun seawal pagi yang boleh *subuh ter-miss jugak*, kemudian kerja selewat malam yang amat. Uish, penat nak mampus. Kadang kala rasa menyesal bekerja ni pon ada. Tapi nak cari duit punya pasal, apa pun aku sanggup buat.

Mak aku dah pesan, jangan menyusahkan dia tatkala aku tiada duit nak have fun. Kau keluar la mana kau nak, janji ada duit. Kata kata mak aku itulah yang aku pegang sampai sekarang, sampai aku tak fikir penat lelah sebab nak cari duit 3 angka semata-mata. Ye, 3 angka je.

Aku tak cukup umur nak pegang gaji 4 angka.

Nanti bulan 12 banyak pulak event aku wajib pergi. Macam RANtai misalan nya, last year aku tak pergi, jadi this year MESTI pergi.
Malam malam lepas balik kerja pulak, aku mesti kena online. Bukan kena lagi, MESTI jugak.
Kalau tak, aku rasa aku ketinggalan hal hal dunia. Sumpah aku bilang, aku makin kuno tentang hal dunia, sebab asyik fikir pasal kerja je. Korang mesti cakap aku ni obses bekerja, ataupun kecoh bekerja, tapi biasalah, aku baru 1st time kerja, mana tak berperangai macam babun. Silap silap hari bulan, aku langsung tetiba taknak sekolah, sebab nak kerja. Haha, manalah tau!
Ish, taknak pun.

Anyway, kat tempat kerja aku, aku suka usha abang giordano. Abang giordano yang sangat comel. Kini aku dah tau nama dia, umur, tempat tinggal, sekolah lama. Hahah semua semua lah, hasil info daripada Nazrin yang telah bertukar sedikit gay sebab dia kata dia admire jugak abang giordano tu. Sialan, dia aku cop. Kau go straight la wey. Ternganga mulut aku dia cakap macam tu.


Haha. Jadi sekarang aku ada reason untuk datang kerja setiap hari. Sampai sekarang aku termimpikan dia. Muahahaha
----------------------------------------------------

MALAM DONDANG SAYANG.
18 November yang lalu, aku telah melibatkan diri dalam MALAYSIA-THAILAND FIRST JOINT EDUCATIONAL RESEARCH 2008, di mana aku dan pasukan tarian sekolah aku telah dijemput membuat persembahan di Summit Hotel, Subang.

Apa yang boleh aku cakap, our performance was superb.
Haha, sendiri buat, sendiri puji. Ye lah, siapa lagi nak puji. Anyway, aku telah menyanyikan lagu My Way, dan Gambang Semarang (indonesia). Manakala pasukan tarian aku telah mempersembahkan beberapa tarian Gamelan dan Kurik Kundi.
Sumpah aku salute mereka, kerana tarian yang sungguh bertenaga dan mantap.
Kami sampai di Summit Hotel jam 4.45ptg dan terus ke Hi-Tea di Main Hall.
Seterusnya latihan dijalankan jam 5.30 ptg sehingga jam 6.30 petang. Terus lepas tu kami bersiap make-up dan baju.
Sumpah aku kuno bab make-up and stuff. Jadi, inilah hasil touch-up aku yang sangat kuno:
Athirah, Melaty, Munifah.
Persembahan kami berakhir dengan jayanya, kami mendapat feedback yang sangat memuaskan daripada para penonton. Orang Thailand yang datang pun suka, apatah lagi orang kita. Tapi sayang next year kemungkinan besar aku tidak lagi bersekolah dia Seksyen 11, gara gara ingin mengambil aliran yang aku suka. Tidak apa lah, kita kena move on kan?

Sekarang aku rindu nak mampus dengan kawan kawan sekolah menengah aku, bila boleh ketemu?

P/S: aku tak paham seyh cerita Susuk? story sikit.

Isnin, 17 November 2008

Aku Rasa Aku Kurang Baik Stage 4 la.

Hari ni aku nak buat confession. Aku dah bilang aku memang kurang baik, bukan jahat, tapi kurang baik. Kalau boleh, semua orang aku nak kutuk kat dunia ni, semua yang aku rasa rosak di mata aku walhal aku tak kenal siapa pun. Orang kata, don't judge a book by its cover, tapi sumpah aku memang tak boleh. Tak boleh nak ikut frasa tu.
------------------------------------------------------
Setahun yang lalu.....................
aku baru masuk tingkatan 2, lepas tu aku ada terlihat seorang pelajar baru, tingkatan 3 nama Melaty. First-first dia masuk lagi sekolah tu, aku boleh agak apa perasaan aku kat dia nanti.
Tapi aku diam tak ambil apa apa aksi, sehingga aku tahu perkembangan diri dia.

1st time aku tengok dia, sumpah aku rasa dia gedik, sebab cara dia bertutur macam sangat proper dan baik. Apa lah aku ni, tu pun salah ke? Bodoh betul. Ye lah, macam frasa atas tu, I did judge a book by its cover. Tak lama lepas dia masuk sekolah tu, aku dapat tahu dia ber-boyfriend-kan seorang senior aku yang aku tahu hak milik kawan rapat aku.

Lalu aku buat conclusion dia perampas dan penyemak. Aku dan kawan aku tu pun kutuk lah dia.
Bila dia berkelakuan sangat baik depan aku, aku fikir dia seorang pembodek. Bila dia sangat lembut depan orang lain, aku kata dia pandai berpura-pura. Bila aku berdepan dengan dia, aku rasa aku taknak pandang muka dia lepas apa yang dia dah buat kat kawan aku. Tapi bila berborak dengan dia, aku pandai menyorok muka benci ni dan berpura-pura seperti tiada apa berlaku. Bila kami pergi Mersing, Johor, sama-sama, aku sumpah tak boleh tengok perangai dia. Perasaan benci aku kat dia makin membuak buak.

Aku rasa perasaan tu timbul hanya kerana dia telah menyakitkan hati kawan rapat aku.
Padahal dia tak buat salah pun dengan aku. Sejenak aku berfikir, apa salah dia pada aku sehingga aku berpelakuan macam sial?

Tak lama kemudian, aku rasa perangai dia yang aku rasa penuh dengan kepura-puraan tu menjadi semakin ikhlas sebenarnya. Aku rasa dia sebenarnya jujur, ikhlas dan penuh dengan perasaan yang baik lagi suci.

Bila dia berperilaku sangat baik kepada aku, you know, sangat sangat baik, macam malaikat turun dari langit, aku rasa sangat berdosa atas apa yang aku dah fikirkan pasal dia.
Aku rasa nak flush kepala aku kat jamban sebab berfikiran macam baboon dan tidak matang langsung.

Sekali lagi aku fikirkan balik, apa salah dia kat aku sampai aku kutuk dia gila babi? kutuk sehingga tak ingat dosa dan pahala semata mata kerana satu perkara yang kecil dan tidak rumit langsung.
Aku rasa sangat bodoh, dan tidak siuman.

Jadi sebelum aku jadi gila, aku buat pengakuan kepada dia yang aku telah kutuk dia gila gila nak mampus sampai dia boleh hentak hentak aku sampai mati. Tapi dia tidak macam tu. Dia dengar pengakuan aku dengan calm dan cool. Aku rasa nak menangis tengok ketenangan dia mendengar confession aku. Kenapalah aku ni kurang baik ye? Atau pun perasaan ni ada di mana mana isi hati seorang wanita yang masih lagi dalam pembinaan fikiran yang lebih matang.

Aku rasa sungguh menyesal dan rasa macam nak bunuh diri, sebab aku telah menjadi seorang yang sangat teruk dan si pura pura yang sangat hebat.

Ya Allah, kurniakanlah aku akal yang mampu berfikir dengan matang dan hati yang tidak penuh dengan hasad dengki. Biarlah aku berdosa tapi janganlah kau hukum orang orang seperti dia.

Melaty, aku minta maaf banyak banyak. Aku sedar aku telah berperangai macam sial, teruk dan jahat. Hukumlah aku jika perlu. Tapi sumpah aku rasa rugi kalau hilang kawan macam engkau.

Sepuluh jari dipohon, memohon maaf sejujur hati.

-.-MunifahPutri.

Rasa Macam Diri Ni Bodoh

Aku sekarang sering dilanda masalah kurang tidur. Ye lah, kerja sampai 930 malam, kemudian online sampai 200 pagi. Mana taknya. Pergi kerja keesokan harinya, mata ni berat. Lagi lagi aku kena jadi cashier, satu hal nak melayan customer yang macam tapir.

Nasib baiklah ada abang giordano tiap tiap hari, boleh aku cuci mata sikit.
Tapi sumpah, kalau korang jadi aku, tahap kesabaran korang melayan customer memang tahap cipan. Kesabaran yang diselaputi keiklasan dan kepura-puraan. Sebab sesetengah customer ada yang macam *tuuuuuuuuu* kurang mengerti bahasa melayu dan bersekolah di kampung atap.
Ya Allah, nasib baiklah aku ni sabar aja, tapi berdosa jugak sebab memaki customer kat blog ni.

Ada customer yang aku rasa well-educated, tapi akibatnya, dirinya sendiri nampak bodoh hanya kerana dia rasa dia amat pandai. Boleh dia kata, ada 30% discount, dia nak bayar 30% je? Tak ke bodoh. Sangat sangat bodoh. Kadang kala aku rasa dia dah hidup berapa lama kat dunia ni ye, sampai guna discount pun tak tahu. Sikit punya bangang la.
------------------------------------------------------
Seterusnya, pelanggan yang tidak tahu perkembangan kewangan Malaysia.
Malaysia weh, bukan Maldives ke, Zimbabwe ke kan. Aku pasti korang semua tahu, bermula bulan April 2008, wang Ringgit Malaysia 1 sen tidak lagi berkuatkuasa, dan tidak boleh lagi digunakan di mana-mana. Jadi, hari ini, ada seorang pelanggan yang beli sebatang gam, berharga RM 0.79. Itu pricing lama. Jadi kami tak tukar harga lagi. Konsep round off harga pon sudah mula berkuatkuasa. Jadi aku sebagai cashier round off RM 0.79 kepada RM 0.80.
Customer yang macam bangang ni pun tanya kat aku:

Customer : Kenapa 80 sen? Bukan 79 sen ke? Saya ada 9 sen.

Aku : Kita tak guna 1 sen dah akak. Dah lama berkuat kuasa dah ni.

Customer : Habis harga tunjuk 80 sen?

Aku : Ini pricing lama kak. Selalunya kami akan round off.

Customer : Kalau macam tu, tukar la harga.
(Nak aku amik pricing gun tu sekarang, tukar harga depan mata kau)

Dressing sikit punya glamour, tapi pemikiran tidak lateral langsung.


----------------------------------------------------
Lagi satu aku tak boleh lupa, customer yang nampak memang well educated, tetapi terlampau sombong, kerek dan sial. Dia nak beli buku yang renyuk, terkumut dan ada sedikit koyak, jadi dia mintak sikit diskaun. Tapi kami tak boleh bagi sebab dia tak ada card membership. Jadi aku sebagai cashier offer membership card kat dia. Dia fikir dua tiga kali nak ke tak, sebab kalau apply pronto, diskaun pun boleh dapat pronto jugak. Jadi dia setuju nak apply.
Lepas aku kasi membership card, dia belek belek kad tu pastu dia kata
'ELEH, kad ni aku boleh buat sendiri'
dengan mimik muka yang menyindir dan macam siot, aku pun buat muka macam membabi buta aja. Kalau kau rasa boleh buat kad tu, buat lah, bak hantar sini 100 keping. Capek kauu.

Bila aku mengadu kat supervisor aku, dia kata customer macam ni jangan dok layan, kang menjadi jadi kereknya tu.

Aku yang masih muda ni kadang-kadang rasa bodoh je melayan customer yang macam bangang tu. Tapi, bila sedar balik, aku dah hadapinya buat masa 12 hari. Fwaa, aku nak lihat apa akan jadi dalam masa sebulan mendatang.

Sabtu, 15 November 2008

Tiba Tiba Nak Tulis Pasal Benda Ni

Aku rasa hidup ni pendek, jadi aku nak semua benda yang aku nak sebelum pergi.
So lame. Tapi nak buat macam mana.
Sekarang aku rasa semua benda macam sial.
Orang berpusu pusu nak pergi fly. Ye lah, party yang boleh korang panggil fun.
Sekarang jugak berlambak orang nak jadi photographer, nak jadi indie konon. Apa barang!
Semua semua ni buat aku sakit dan rasa useless hidup kat dunia. Tapi bila nak recall balik benda yang manis, ish.. terlampau banyak.
Jadi sekarang aku nak kejar benda yang aku nak je.
Benda benda yang sial pergi mampus.
Aku rasa aku sekarang boleh berfikir dengan lebih baik. Biar orang ingat aku kolot, tak cool atau apa apa rasa lah.
Biar aku buat mak aku bangga, after everything she has done. dan aku nak kejar benda yang aku tertinggal.
Aku rasa memblogging kini lebih best daripada myspace.
Aku rasa aku nak belajar bersosial supaya aku boleh kenal dunia ni, supaya aku boleh tahan untuk menghadapi apa yang bakal tiba seterusnya.

Blog ni kosong.

Khamis, 13 November 2008

MultiShitheads/Painful

This post contains some self-exposures which doesn't related to any particular readers at all, eventhough it may hurt certain readers. And this post certainly doesn't include any r.i.p membership.
________________________________________
I've committed to myself not to take off my scarf without any appropriate reasons. For sure i believe it's kind of bullshit to do such thing because I don't think I have anything super special to show everyone, like blonde hair or red highlights.

But, sometimes I do believe that girl with scarf always been under-estimated and being judge unfairly without any particular reasons. It's not that I'm blaming anyone, but as I have been living for 15 years, yeah I do think I've been treated unfairly someway somehow.

When I read NabilahRadzi's blog, entitled Not Matured Enough, I came out to realise that yeah, girl nowadays with heels and wedges, plus hot pants ,large handbags and tube top would probably be the chosen one around guys. Not to mention the one with skinny legs and hot pants, the outdated girls with simple sandals, scarfed, without skinny ass legs and without hot cleavage most probably will be put aside, first!

And yeah, you would find those girls with guys chasing her all around trying to flirt, with his indie look and super matured faces, and not to forget, girls with cigarette in hands are now on the top of the list.

Seems like I'm jealous. Yeah, maybe I am, quite sometimes ago. I want to be the girl with hot boyfriend around all the time. And I want to be the girl with who wears skinny pants, the girl with multi-talented photography skills, the girl with cool friends who hangs around until midnight and the girl who went out partying with hot dresses. And yeah, I want to be the girl with 50++thousands comments on myspace, which I considered myself to reach the famous chart.

And sometimes, when I went out with my COOL friends, I've never been treated the same way others treated my friends. Oh yeah, I'm not the one with skinny legs, hot body and cool mind thinking. Or is it because I wear scarf? And they would probably think that I am the alim girl who doesn't suit their conversations, talking shit about Lomo cam or indie music. Probably!
What the hell, I went out with my other 3 hot friends and their friends treated me like I'm nobody. Being pushed away and outcasted. Hell yeah it was a challenge and I took it as calm as possible, so then I could continue my shit life. But for how long do I have to be calm?

Yeah, sometimes I do feel taking off scarf would be an advantage to attract people. But, on the second thought, What FOR? To be someone you're not? That would turn me into a poser, and plus, hypocrite! Loser loser loser lah kan. And I might turn crazy if I tried to be one.

And now, I don't think those shits really matters anymore. My friends like me just the way I am and I'm liking myself even more from day to day. For now, I need to change people's perspective onto someone like me. I'm for sure open minded but there's a cross between the line. You may judge me from the cover, but you don't know anything between the pages.

Wah, melodramatic gila post ni.

Zaman Aku Sekolah Rendah.

Bila aku baca blog blog lain kan, aku ter-inspired nak tulis blog pasal sekolah rendah jugak. Sebab masa sekolah rendah aku sangat jahat. Sangat sangat. So, korang bayangkanlah aku sekolah menengah macam mana.

Tadika
Dulu aku tadika di Tabika Kemas Al- Hidayah seksyen 11, shah alam. Dari dulu lagi aku suka kacau orang. Ada seorang kawan aku yang badan ala ala Adibah Noor tau. Nama dia Azimahanem. Aku memang suka kacau dia. Aku dan kawan aku, Nazrin selalu kacau dia sampai dia kejar kitaorang satu kelas. Hahah, kami ejek 'GEMOK GEMOK GEMOK.' kesian kat dia.
wah tu baru tadika.

Darjah Satu (1)
Aku masuk Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 4, atau lebih dikenali SK RAJA MUDA. Kat situ aku anak cikgu Bahasa Inggeris. Aku masuk kelas 1 GIGIH. Masuk kelas tu, guess who aku jumpa? Azimahanem tu balik.
Dan dia orang pertama yang aku kawan masuk kat kelas tu. Bila fikir balik, aku ni masa tadika macam lancai jugak ye.

Kes pertama.
Masa darjah satu, aku kawan dengan seorang budak perempuan cina bernama Low Pi Quan, dan kami berdua sangat jahat. Konon masa aku darjah 1, aku anak cikgu, aku ketua antara kawan kawan aku.
Kalau aku tak siap kerja sekolah lagi, sorang pun tak boleh siap. Jadi kira mereka semua macam jadi kuli lah. HAHAHA!

Kes Kedua.
Aku dan Low Pi Quan sangat jahat. Jadi satu hari, kawan aku(who is now my bestfriend) Banks dan kawan dia Maryam Aqilah, siap kerja sekolah lebih awal drp aku. So, masa rehat ,aku tarik dia pegi tapak perhimpuan dan lempang diorng berdua.

Kes Ketiga.
Aku ada seorang kawan bernama Aliah. Satu hari, aku dan Low Pi Quan tak kawan dia, jadi kami suruh kawan aku Azimahanem lempang dia sampai pipi dia merah. Next day, mak dia datang bawa satu angkatan keluarga. Aku memang cuak tahap cipan. Haha tapi last last Low Pi Quan yang kena sebab dia lah mastermind kes ni. Tapi kesian mak aku yang kena tanggung malu. Ish. Masa darjah dua juga aku suka kacau Shasha dan Amalina Abdullah. Gila aku kacau smpai diorng nangis satu hari. Haha.
Ni baru darjah satu doh.

Darjah Dua (2)
Darjah dua aku kelas 2 Tabah, tu cream class tau. Aku jadi penolong ketua darjah sebab masa darjah satu aku dapat no 1 dalam darjah. Ceh.
Ketua darjah aku Muhammad Farhan Badri.
Lepas tu, masa darjah dua, aku suka gila dengan Farhan. Suka ala kadar la. Hahah bila ingat balik, rasa nak gelak/muntah/terberak/semua semua la. Hahah aku bagi surat cinta lah, aku stalk dia sana sini, sampai underwear dia pun aku tahu colour apa. Dude, jangan marah!
Lepas tu, darjah dua aku nak duduk sebelah dia je, sampai Cikgu Jamliah suruh aku tukar tempat pun aku taknak. Haha, gila lawak sial. Aku pun terperasan dia suka kat aku.
Masa darjah dua juga aku berkenalan dengan Eleena Hidayah, Nurul Wahidah, Fatimah Azzahrah, Farahain, Irfaan, Rifqi Afiq, Azri Irsyad, Siddiq Amir, Amirul Amar, Haziq Fuad, Ili Amirah, Nur Syahiirah, Wazir, Yusuf dan ramai lagi. Sampai sekarang aku kawan baik dengan diorang semua.
Masa darjah 2 pula, Banks dan Aliah pula yang ada kes. Hahah, aku tak campur apape.

Darjah Tiga (3).
Masa darjah 3 aku still suka Farhan. Haha. Budak budak lah.

Kes Pertama.
Masa darjah 3, aku masih sama kelas dengan muka muka darjah 2, termasuklah Banks. Ada suatu hari, Banks masuk pertandingan bercerita, lepas tu dia kalah. Aku sangat jahat, jadi aku kecoh satu kelas Banks kalah, dengan niat bukan untuk mengejek. Tah mana datang cerita, orang cakap aku ejek si Banks tu. Tup tap esok harinya, mak dia datang buat complaint. Aku lagi yang kena. Ada lah beberapa orang yang dipanggil dan semua petik nama aku. Tak boleh belah do. Last last aku boleh buat apa, mengaku je la. Daripada takde. Aku memang jahat.

Kes Kedua.
Kes ni melibatkan Banks. Ish, jahat betul aku dengan minah ni. Aku dengan kawan kawan aku memang anti dia dulu. Sekarang dah ok. Haha, ada satu kes, aku dituduh curi pen dia. Lagi sekali aku dipanggil berbincang bersama mak aku dan mak dia. Kitaorang settle baik-baik, takde gaduh-gaduh. Jadi, aku ok dah dengan dia.

Darjah Empat (4).
Darjah 4 ialah masa paling celaka aku dan kawan kawan aku la. Macam macam kitaorng buat sampai ada satu tu tak boleh bagitahu.
Darjah 4 pun aku ada banyak masalah dengan Banks. Ish, dia lagi.
Aku, Eleena, Wahidah dan Fatimah masa tu memang tak suka dia. Satu kelas tahu.

Kes Pertama.
Satu hari, aku dan Banks bergaduh through surat menyurat. Budak kecik punya style. Lepas tu, guru kelas aku, Cikgu Rosadah dapat tangkap dan nak settle kan hal ni depan satu kelas. Aku dan Banks gaduh gila babi depan dia dan satu kelas sambil menjerit-jerit dan terpekik pekik.
Kesian Cikgu tu nak leraikan masalah ni tak kesampaian.
Bila teringatkan balik, memang nak gelak lah sebab kami berdua bergaduh pasal hal yang temeh contoh pasal lelaki. Haha, sungguh bodoh.

Kes Kedua.
Kes kedua aku dan kawan-kawan aku bermasalah dengan Banks ni lagi. Dua tiga kali jugaklah kena masuk bilik kaunseling bincang masalah ni. Apa nak jadi pun tak tahu lah. Lepas mintak maaf, buat balik. Ish, tak boleh belah do. Paling hebat, kitaorng bergaduh pasal duit. Ungkit mengungkit. Haga.

Kes Ketiga.
Akhir tahun darjah 4, aku tidak lagi berkawan dengan kawan kawan aku tu. Semua beralih arah ke Banks. Gila backstabbers sial. Haha, tak kawan pun entah pasal apa. Sampai lah darjah 5 kitaorang tak kawan.

Darjah Lima (5).
Darjah lima aku tak banyak kes. Aku mulai berubah dalam beberapa aspek satu per satu. Tapi still aku tak kawan dengan Wahidah, Eleena, Fatimah dan Banks. Masa darjah 5 juga aku semakin rapat dengan Amiera, Asyiqin dan Syahiirah(Shasha).
Tak boleh nak recall sangat darjah lima sebab aku sangat baik. Hahah,
tapi yang aku tahu, darjah lima aku suka kacau Irfaan, sebab muka dia serupa Harry Potter, berkaca mata, putih dan pandai. Haha.
Aku juga suka kacau Shasha, sebab dia minat Harry Potter, jadi aku buat story pasal dia dan Irfaan.
Aku ada jugak guna lirik lagu WAHEEDA ft. kumpulan apa tah ye, liriknya berbunyi 'BUKA MATA PANDANG KE SANA', untuk aku pointkan Shasha dengan Irfaan. Haha
Akhir tahun darjah 5, aku kawan balik dengan kawan-kawan aku tu. Bermaafan masa hari raya lah kan.

Darjah Enam (6).
Masa darjah 6, aku dilantik jadi ketua pengawas.
Masa tu ramai tak suka aku dan anti aku termasuklah Nabilah Radzi dan Maryam Adila.
Haha, sekarang diorang berdua kawan rapat pulak.
Masa darjah 6 jugak, berat aku naik sampai 67kg, wah gila lah naik kan.
I'm phisycally the same Munifah. Darjah 6 aku selalu jadi bahan orang.
Tengok, apa yang aku buat kat orang, darjah 6 aku kena balik.
Masa darjah 6 juga aku dah kenal apa makna kawan.
Aku tak banyak kacau orang sangat, except beberapa kali kat Shasha. Jangan Marah.
hehe.
Masa darjah 6 juga, aku semakin ingin belajar, aku faham Matematik,
apa Cikgu Maziah ajar, Cikgu Fatimah yang sangat sporting.
Teringat aku dia campak beg Azri keluar kelas. Kesian Azri.
Darjah 6 jugak lah aku rapat dengan Amirul Ammar. Dia duduk kat sebelah aku kat kelas.
Aku juga tak banyak buat hal yang membabitkan nama aku dan mak aku.
Aku pandai jaga diri dan segala hal temeh tidak lagi aku peduli.
_________________________________________
Sekarang, aku berkawan baik dengan Banks, teman paling aku sayang kini. Aku berkawan baik dengan Farhan Badri, orang yang dulu aku suka bagai nak rak. Aku berkawan baik dengan Eleena, Wahidah, dan Fatimah, kawan yang sama sama jadi samseng.
Aku berkawan baik dengan semua orang, termasuk Nabilah Radzi dan Maryam Adila.
Bila terkenangkan balik, Sekolah rendahlah masa yang paling manis untk dinikmati.
Aku sekarang bukan 67kg, tp dah turun 15 kg.
Aku tak ada boyfriend dan tidak mahu satu pun.
Aku nak cari duit sampai penat dan aku nak simpan memori terindah ini sampai mati.

p/s: Banks bukan nama sebenar.

Khamis, 6 November 2008

BARU AKU TAHU APA ITU KERJA.

Kalau dulu aku ingat kerja tu macam goyang kaki, buat benda yang ala kadar dan hanya sekadar 5-6 jam je. Sekarang aku dah kerja, baru betul-betul dapat merasa. Ya, aku sudah memiliki sebuah pekerjaan, sudah 3 hari aku mula. 10 jam untuk setiap hari. Memang memenatkan. Dari 11 pagi hingga 9.30malam, huih, penat siot. Baru kedai buku, belum kerja workshop, atau gunting rambut, mcdonalds dll.

Bila kerja kedai buku pulak ni, macam macam orang aku jumpa, kadang-kadang rasa pelik pon ada. Ye la, kita sebagai pekerja, mana nk komen apa constumer beli, kang dan dan kena penyepak. Ada aku tengok parents yang sangat baik, 'AMBIL LAH APA YANG KAMU SUKA', wah, sampai macam tu sekali, ada yang sangat susah nak keluarkan duit, '13 RINGGIT??' tu pun ada. Haish, memang runsing lah.

Tapi so far, semua orang yang datang, semuanya ok. Ada jugak yang mintak aku carikan semua buku dalam list dia, ingat ni kedai kasut ke apa, aku nk serve sorang-sorang. Geram pon ada. Takpelah, mungkin dia cluless dan tak faham konsep kedai buku. Hish.

Ada yang nk buku, tapi edisi lama pulak. Korang tahulah kedai buku selalu up-to-date. Yang nak cari buku dua tiga tahun dulu buat apa. Lagi-lagi majalah, kemaruk nak cari.

Hahah, aku nk komen-komen pulak kann, haha nak buat macam mana, sini je aku boleh mengadu.

HARI YANG HAPPY
jadi, semalam hari ketiga aku kerja. Dan kemungkinan hari paling gembira aku bekerja. Selain kawan baik aku, Nazrin kerja kat kedai seberang je, yang tiap tiap hari aku boleh borak-borak, semalam jugak kawan kawan aku datang melawat aku. Haha, sangat gumbira. Bukanlah aku nak perasan korang datang dengan intention nak lawat aku, tapi yep, aku sangat gembira korang datang lawat. Cehehehe.

LAYANAN KEPADA ORANG JEPUN.
Semalam juga aku telah didatangi oleh seorang orang jepun yang hampir umur arwah atuk aku. Agak tua dan terkial kial mencari envelope untuk pos laju. Dia minta tolong aku kan, 'POS LAJU, POS LAJU', haha. Tak silap aku, kalau pos laju, envelop boleh dapat kat post office je la. So aku pon cakap lah ka dia, 'POS LAJU, POS OFIS', dia macam blurr. Haish, ape la yang aku nak cakap ni, ok, aku explain lagi sekali, 'POS LAJU, POS OFIS', dan dan dia angguk .Tah faham apa pon tah la. Kemudian dia menunjukkan sebuah foolscap papers dan dia nak saiz lang lebih kecil, sekarang aku pulak tak faham apa dia cakap, 'PRAPER, SMALLA, DEH.' huish, apa tu? Aku sangat blur, lepas tu dia ulang balik, 'PAPER, SMALLER DEH,' oh baru aku faham. Haha, dan dan foolscap paper yang kecik depan mata dia, haih. satu hal. Haha, lepas tu dia cakap thank you kat aku, aku balas, ARIGATO GOZAIMAS. haha di gelak. Aku pon pelik la kenapa dia gelak, haha last last baru aku teringat aku ucapkan balik terima kasih kat dia. Hehe.

COSTUMER MINTAK PENYEPAK.
Ada satu hari aku bekerja, ada seorang costumer perempuan hampir sebaya aku masuk kedai dengan melulu, masuk tak pandang kiri kanan terus pergi stationery department. Lepas dia tak dapat cari apa dia nak, dia panggil aku. Suruh cari ring untuk file dia, aku pun tunjuklah ring yang dia nak. Ada lebih kurang 3 jenis saiz, dan tiada satu pun dia mahu. Lepas tu dan dan dia perli aku, 'kalau tak tahu saiz, tak payah la kerja sini,' EH! sial betul. Berterima kasih la aku dah tunjuk ring tu, kalau tak tunjuk, dengan ring ring tu aku dah hentak kepala kau



Ye la, kita selalu dengar frasa mengatakan 'CONSTUMERS ALWAYS RIGHT' ye memang,. Kita sebagai pekerja ni kenalah bersabar kan, dalam rintangan nk cari duit ni, macam macam boleh jadi. Kesabaran kini menjadi tarungan diri. Ah, penat doh!

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan