Jumaat, 31 Oktober 2008

Pelakon Hanyalah Perlu Seksi?

sekadar mengisi masa lapang.
Muni nak borak pasal tv series yang menjadi pilihan penonton di kaca televisyen sekarang. Kalau aku, aku perlu jujur ketiga-tiga CSI series jadi pilihan, CSI, CSI:NY, CSI:MIAMI. Kalau nak kata, berdozen la tv series yang aku minat, tapi yang ini menjadi tagihan baru. Ada juga yang minat HEROES, aku tak berapa nak minat, sebab tak tengok daripada awal, so penatlah nak catch up, sebab nanti aku akan menyoal seakan tiada hari esok.

Jadi, jom borak pasal CSI.
jujur, CSI:NY(2004) aku punya favourite. Dan dan aku suka tenguk Gary Sinise, teringat pulak movie Forrest Gump, dilakonkan Tom Hanks , dan Gary Sinise sebagai Lieutenant Daniel Taylor. Selain itu, ada Melina Kanakaredes, Carmine Giovinazzo, Hill Harper, Eddie Cahill, Anna Belknap, dan Robert Joy. Aku suka jalan cerita yang tersusun dalam drama ni, dan juga sebab pelakon pelakon yang mantap la. Jalan cerita tidak berterabur dan very mysterious la sometimes. Uh, semua CSI mcm tu.

Kemudian ada CSI: MIAMI (2002). Aku kurang suka csi ni sebab watak Horatio Caine yang dimainkan oleh David Caruso macam terlebih sexy. Haha, ala ala Dennis Quaid gitu. Ada juga Emily Porcter, Adam Rodriguez, Khandi Alexander dan Eva La Rue. Kalau nak tengok, CSI: MIAMI ni exposure gambar memang cantik, banyak shot sunsets dekat pantai dan shot gloomy dawn hour.

Lastly, CSI:CRIME SCENE INVESTIGATION (2000)
ni la CSI yang mula mula establish dulu. Diikuti Miami dan seterusnya NY. CSI dibarisi dengan pelakon seperti William Petersen, Gary Dourdan, Jorja Fox, George Eads dll. Aku tak berapa tengok CSI, so yeah, tak tahu nak review apa.

Kalau korang semua tengok CSI ni, pelakonnya semua bukanlah A-CLASS, macam Brad Pitt ke, Angelina Jolie atau George Clooney, tapi kalau ikut, diorang berlakon lebih bagus daripada sesetengah pelakon hollywood yang dapat berlakon movies tah apape macam Housebunny atau Scary Movies yang senget tu. Kalau ada buat anugerah showmenship atau best actors, muka muka ni lah yang patut naik pentas. Kita orang bukan hollywood ni nak menilai, tak berani lah pulak, tapi kita boleh lihat, siapa bagus siapa tidak. Bukan nak kata industri filem Hollywood je, filem Malaysia pun sepatutnya ikut contoh macam ni, jangan nak main redah. Ikutkan, pelakon seperti Ellie Suriati dan Sheila Rusly tu patut diiktiraf, selepas drama drama yang diorang lakonkan boleh kasi 5 bintang dan 2 thumbs up. Selepas itu, filem arahan Yasmin Ahmad memang aku nak salute habis habisan. Filem macam ni lah kita patut pandang tinggi sebab filem macam ni yang selalu menang awards di luar negara.

Jadi, apa pendapat anda?

Khamis, 30 Oktober 2008

Yahoooooo, dapat no 3!

Entri ni bukan lah apa, cuma nak cakap je,
aku dapat no 3 dalam pertandingan pidato piala diraja! haha. batak sial. Ya lah, korang bayangkan, bila kita yang dah habis pmr, sekali cikgu suruh masuk pidato, nak terkucil kot. Lagi lagi ada tajuk dia kasi. Kalau guna tajuk kita, takpa lah juga.

Anyway, kalau korang tengok persembahan pidato tu, korang boleh kasi thumbs up kepada mereka yang ambil bahagian. Semua diorang hafal like gila babi punya hafal, sampai badan tersenget-senget, mata terbeliak-beliak, kaki terangkat-angkat.

Kemudian, dengan intonasi yang memang macam style budak bahas, ala ala dalam court CSI malam tadi. Haha cara cakap ada yang laju macam Stella, ada yang comel macam Eddie Cahill, tapi perangai hampeh. Huih. Tapi serious i tell you, it wasn't as easy as i thought. Anyway, Alhamdulillah the luck was on my side. Aku tak manage untuk hafal, jadi pegang cue card di tangan, dengan gaya bersahaja, takda ala ala Arnold Schwarzenegger atau Harrison Ford. Kemudian dengan muka senyum kambing sebab tersasul satu dua ayat. Lebih mudah jadi mudih lebah. Nah, amik kau, aku highlights. Hahahaha, buat bodoh sudah.

Lepas dah dapat hadiah, balik rumah Cikgu Rashidah,
cikgu ni gila expose to student's opinion. Cool nak mampus, kalau setiap tahun dia ajak aku memang sumpah best. Dia ajar aku BM, yang di-ke-ma-se-na tu, dia lah ajar. Cikgu tu bawa aku pergi rumah dia, suruh aku merasa Rendang Rusa Liar. Waaa, sedap menjilat jari aku bilang korang tau. Haha. Dijiruskan dengan air oren sejuk ke tekak, tengah tengah panas ni, lagi lah Umphh.

Sekarang aku dah merindu rendang rusa, yang ala ala rendang daging tu,
ish, tak best lah pula, Raya nak habis dah, lepas ni kena fikir pasal Tingkatan 4. Sangat tension lagi membosankan.
But, apa boleh buat, nasib badan.

Isnin, 27 Oktober 2008

Fotografer/Fotogenik/Fotomaniac atau Fotogedik?



Orang zaman sekarang makin kaya. Nak kata ekonomi meleset, memang ya. Tapi kalau korang tengok kat jalanraya, banyak pulak kereta baru, MYVi, GrandLivina, Alphard, apa lagi ye... dll. Haha, lagi satu, orang sekarang kena beli kamera besar-besar. Kamera kecik-kecik tak main. Kamera dslr dan lomo menjadi trend masa kini. Nak kata dulu ada slr, memang ada. Cuma huruf 'd' tiada di depan. Dan lomo, haha kini memang menjadi trend. Selain menghasilkan colour yang cantik dan hanya menggunakan filem, orang pun sanggup nak beli.

Kalau dulu korang ingat tak? Ada satu ketika, kamera digital menjadi pilihan pengguna. Kalau takde, tak sah. Sampai dulu aku ketinggalan guna kamera filem, orang tanya 'kamera digital takde?' Aku pon segan silu geleng. Bila dah ada kamera digital, ada pulak yang nipis la, tebal la, wide screen la, anti blur la. Adoyai, macam macam. Sampai nak pilih mana satu pun tak tau. Harga lebih kurang sama je. Haha.

Sekarang, orang pula dah guna kamera besar besar. Yang memang kalau sekali kalau gantung kat leher, orang dah ingat konon photographer. Orang zaman sekarang ni memang kaya, nak ikut trend, kalau tak ikut, apa carita? Tak best lah. Betul tak? Ada nikon, canon, olympus, sony dll. Orang pun tengok juga certain filem guna kamera besar-besar macam CSI dan video klip KRU yang terbaru(haha, aku tengok pulak). Lepas tu pergi KLCC, berfotomontaj dan berfotomaniac kat situ. Ada apa pun? Kalau hanya air pancut yang naik sekali setiap seminit, uish, takpalah. Lepas tu kalau kat myspace, mesti nak letak gambar ada kamera tergantung kat leher. Lepas tu orang expect kita kaya bagai nak rak, walhal kita dah kumpul duit bagai gila babi. Haha, yeah memang ianya kini menjadi trend, tapi nak buat macam mana? Kalau takde, tak best. Orang kata la, bukan aku kata.



Dah lepas DSLR, ada pula lomo. Lomo guna filem, so dah back to basic balik. Tapi colour memang menawan dan tertawan lah. Tapi orang dah balik kepada basic, aduh. Satu lagi trend baru. Harga dasar takdelah mahal, tapi penat nak mencuci, masuk CD, transfer computer. Berapa kali kerja tu. Tapi, trend punya pasal, tak ikut, tak best.



So, entri ni bukanlah aku nak kata apa. Just nak tunjukkan kebenaran orang masa kini. Zaman dah maju, manusia pun berubah. Ye, betul. Tak bermakna kita ada dslr, kita kaya, ataupun show off ataupun gedik. Sekadar mengikut trend yang sedia maju. Ikutlah orang nak kata apa, tapi hidup mesti diteruskan dan kemudahan digital yang gempak mesti kita war war kan.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Perlu Bekerja Atau Mencari Ilmu?

Aku kini dalam komplikasi membuat pilihan. Mencari kerja menjadi option pertama perkara aku nak buat selepas PMR. Ahah, sesetengah orang mungkin boleh kata;
'ala, baru habis pmr, relax la dulu.' 'have fun lah dulu lepas pmr ni, bukan senang tau.'
Ya, aku tahu bukan senang. Korang pon cakap senang lah. Aku betul- betul nak cari kerja, sebab boleh buat sumber pendapatan kan, pastu nak juga merasa bagaimana rasanya dapat gaji pertama. Gembira ke? Sedih ke? Entahlah.

Kalau tak kerja, aku nak masuk kelas muzik. Dah round satu section 9, dan aku dah dapat kelas paling reasonable untuk belajar. Fees pon kalau kira-kira tak lebih RM 200. Tapi tu lah, nak fikir bayar bulanan kelas lah pulak. Nak kena minta kat ibu, dan untuk bulan seterusnya. Aku bukannya apa, bab bab minta duit kat ibu ni, memang payah. Walaupun kita memang masih di bawah tanggungan mereka, tapi kadang kala rasa macam satu benda yg menyusahkan pulak. Haish, tapi one thing belajar kelas muzik, dapat belajar ilmu baru. Ilmu yang memang dah lama aku idamkan, who knows one day aku boleh form my own band.

Inilah komplikasi keputusan yang aku sedang alami ni, so yeah, aku nak tanya pendapat korang,
Kerja atau Kelas Muzik?

Khamis, 23 Oktober 2008

Melayu Sinis

Perhatian: entri di bawah mungkin menyinggung perasaan sesetengah daripada anda. Semua entri yang termaktub di sini hanyalah realiti yang ingin dijadikan iktibar.
_______________________________________

Nak dijadikan cerita, kita boleh lihat pelbagai ragam manusia di akhir zaman ni. Ada juga yang tergolong dalam 'trend' yang sedang nak up seperti 'indie', 'punk', 'ska', 'emo', 'gothic' dan pelbagai lah lagi kan. Dan segolongan besar orang yang join adalah orang Melayu sendiri. Bukanlah aku nak bangkitkan isu diskriminasi di sini, tapi inilah kebenaran yang kita boleh nampak hari ni.

Perempuan yang ayu, muda dan cantik kini seolah-olah dijadikan tayangan percuma untuk orang awam. Dengan memakai sekadar hot pants, spaghetti string, atau tube top untuk keluar, berbekalkan rokok di jari dan todi di tangan, bukan hanya boleh menjadi bahan mulut orang lain, tapi bayangkan apa yang terlintas di fikiran orang dewasa yang melihat. Bukanlah aku nak palang orang-orang macam ni, tapi tidak elok dipandang orang, lebih-lebih lagi jika kita seorang perempuan.

Korang bayangkan, berbekalkan hot pants, dan tank top bertali atau tidak, kemudian terkinja-kinja dia GIG, dan seterusnya 'sweating like a pig' lah orang kata, tidakkah kita pernah terfikir tindakan kita tu menjelikkan? Aku yang pergi GIG pon tersenyum sinis melihat aksi mereka yang sebegitu. Yang amat mendukacitakan, rata-rata mereka adalah orang Melayu kita sendiri.

Ada juga tersentak difikiran aku perasaan malu tu, tapi aku tidak boleh buat apa. Nak tegur, aku tentu tentu tidak berhak. Bertindak? Apatah lagi. Ada juga yang bertindak join 'moshing' , yang memang-memang aku minat lah sebenarnya sebab macam cool gila. Tapi bila nak tengok balik, aduh, malunya.

Bukan lah aku nak palang, benci atau tindas orang orang macam ini, tapi ianya seolah-olah mencacatkan pandangan orang terhadap kita orang Melayu. Sekarang kita boleh cakap, 'rokok bukannya dosa', 'sexy hanya sekali sekali', 'arak hanya untuk mencuba', 'teenage life is only once', 'girls just wanna have fun', tapi kalau nak lihat masa depan nanti, apa faedahnya? It brings rather more effections for sure. Ibu bapa kita yang mungkin menjadi mangsa, dan seterusnya mereka pula yang terpaksa menanggung malu.

Jadi, sebelum semuanya terlambat, baik kita fikir balik apa baik buruknya benda benda ni. Kalau tidak fikir sekarang, fikirkan akibatnya bila dah besar, macam mana kita pula nak didik anak? Lambat laun semua akan berkeluarga, takkan sampai besar pun 'just wanna have fun', so, fikirlah baik baik.

Mungkin aku juga tak perfect, tidak alim atau mengaji Quran 7 hari 7 malam, tapi selagi aku dan kita semua mampu berfikir, baik kita manfaatkan apa yang kita dapat hasil kurniaan Yang Esa dan gunakan ia sebaik mungkin.


Isnin, 20 Oktober 2008

Prinsip Selepas Perang.

Bila dah jawab exam ni , makin kurang yakin pula aku pada keputusannya nanti. Bukannya apa, hanya takut semata-mata. Memandangkan aku belum dapatkan apa yang aku mahu -RAHSIA- oleh itu aku akan earn it to get it.

First thing first, nak cari kerja, tidak kira lah berat mana, as long as kita tekad, apa salahnya mencuba? Lagipun , inilah masa yang paling sesuai untuk kita berdikari, betul tak?
Manalah tahu nanti dapat masuk asrama penuh, lepas tu kena live independently, bila lagi nak cari masa untuk belajar benda-benda tu?

Second, i want to spend my whole holiday dengan kawan-kawan, kalau boleh la. Ya lah, dah 3 tahun berpulun belajar, dapat rehat 2 bulan pun jadilah. Kalau tak dapat, IM pun cukup, kalau boleh Muni dah taknak fikir pasal sekolah lagi. Nanti runsing, dengan result yang bakal tiba lagi, haihhh takutnya.

Lagi, oh yaa. Mungkin Muni akan pindah sekolah. Dari SMK SEKSYEN 11, SHAH ALAM, ke seksyen 9, gara-gara hanya kerana mahu ambil LK. Ya la, kalau SPM ambil benda yang kita tak minat, susah lah nak belajar. Rasa nak masuk sekolah baru pun takut. Kena cari kawan baru, dan lepaskan kawan yang lama. Sedihnya, tapi bak kata orang, kalau nak kejar sesuatu, kita kena sacrifice at least something. Walaupun sek 9 adalah satu dua orang kawan rapat, tapi still kawan yang dah 3 tahun bersama ni, susah betul nak lepaskan. INI mungkin! tapi barangkali sudah 70% pasti. Hanya tinggal ambil surat pertukaran right after result keluar. Haih, tapi kalau dapat asrama penuh, mungkin Muni akan beralih ke sana. Of course untuk kemudahan ke Universiti nanti. Lagipun, pindah sekolah ni pun boleh cari pengalaman baru. Walaupun mungkin akan rugi satu dua perkara, takpelah, sekali seumur hidup.

Lastly, Muni nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir ke rumah Muni tempoh hari. It was fun, and yet i still tak puas. Takpa, insyaALLAH next year ada lagi. Kepada yang tidak terjemput, foes, friends, backstabbers or siapa-siapa lah, minta maaf banyak-banyak. Bukan sengaja kot.

Uish, rindu blogging, nanti aku edit blog ni. Chowwww
p/s: MARYAM, UPDATE LAH BLOG!

Soalan musykil: kenapa kadang-kadang kita benci orang yang kita sayang?

Jumaat, 10 Oktober 2008

Perang Besar Bakal Meletus

Sepuluh hari sudah Raya disambut, tapi kan, sumpah jiwa ni tak tenang, sebab perang otak akan bermula 13 Oktober ini. Semestinya, raya tahun ni kurang meriah, atuk yang hampir 3 bulan pergi, dan perang yang bakal meletus ni.

Mana taknya, raya kedua aku sudah buka buku, SEJARAH pulak tu!
haha

Nak download gambar raya, malas lah, korang tengok saje lah myspace aku yang tak seberapa tu. Busy je memanjang dua tiga hari ni.
Besides gembira setelah memperolah D60 hasil titik peluh ibu dan kakak ku,
tapi perasaan tenteram tu jujur tak pernah ada.


InsyaALLAH , lepas pmr, aku akan online tanpa henti.
Sampai korang benci tengok aku online. haha.

Anyway, good luck kepada semua calon pmr. Aku doakan kejayaan kita bersama.

Boring kan entri ni, lepas ni haha aku kasi vogue the vass punya entri.

Bye:)

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan