Selasa, 30 Disember 2008

Kenapa 2008 Tahun Istimewa?

2008 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit buat aku. Tatkala banyak perkara yang aku belajar sepanjang tahun 2008. Aku mengaku, aku lebih mengenali dunia sebenar hari ini sepanjang tahun 2008, baik positif mahupun negatif. Aku berlajar untuk menjadi manusia yang lebih berguna, tapi hanya Tuhan yang mampu untuk mengukur perubahan sikap yang telah aku alami. Ingin aku kongsi bersama event-event dan perkara-perkara yang aku sertai sepanjang 2008 ini, di mana aku telah mempelajari erti sebenar dunia hari ini.

14 JANUARI
8TV ROCKING BIRTHDAY EVENT

Tirai 2008 dibuka dengan 8TV Rocking Birthday Event yang telah diadakan di Central Park Avenue, One Utama, Petaling Jaya. Ini merupakan konsert tv pertama yang aku pergi, bagi menyaksikan bagaimana suasana LIVE yang hebat diperkatakan umat manusia. Tapi, dukacita aku maklumkan, konsert tv pun, aku rasa beberapa artis telah melampaui batas-batas tontonan umum. Seperti aksi abang Faizal kita yang amat gah menunjukkan spray 'S' di dadanya. Aku kurang mengerti apa motif dia melakukan sedemikian, tapi siapakah aku untuk mempersoalkan benda benda sebegitu. Walaubagaimanapun, aku rasa 8tv sama sekali telah menjayakan konsert yang amat mantap, dengan barisan artis yang tak kurang hebatnya juga.


4 APRIL
LAYAR TANCHAP

Layar tanchap merupakan satu live performance yang aku rasa amat amat bagus untuk diteruskan untuk masa masa yang akan datang. Jenis muzik yang diketengahkan di layar tanchap tidaklah heavy, tetapi amat sentimental sebenarnya, dan amat sesuai untuk orang yang gemarkan muzik lembut untuk santapan minda, bolehlah pergi layar tanchap. Konsep santai yang diketengahkan di layar tanchap amat praktikal. Layar tanchap kali ni aku pergi membariskan artis artis yang thumbs up pada aku seperti Miss Fynn, Ana Raffali, Funky Doryz, Decma dan yang paling aku suka, muzik asli yang dipersembahkan pelajar TEKA Uitm.


17 MEI
SRI AMAN BOTB
Battle Of The Bands pertama aku - syabas aku ucapkan kepada organizer kerana event yang telah dilangsungkan ini boleh dikatakan terkawal. Bands yang perform juga tidaklah mendukacitakan dan para jurinya juga amat praktikal dari segi pemilihan pemenang. Mungkin dari segi entrance time yang telah ditetapkan perlu diperbaiki, jika korang semua sedia maklum, band band kadang kala datang lambat sebab hal hal tertentu, jadi timing untuk soundcheck perlu ditetapkan dengan betul, so bila band perform, takdalah buang masa nak soundcheck.

25 MEI

RANTAI ACOUSTIC NIGHT

Event ini menyaksikan penglibatan artis indie wanita sebagai tonggak utama sesebuah band/solo. Jarang kita jumpa event event yang menghargai penglibatan wanita sebagai lead singer, jadi Rantai acoustic night ini sudah tentu bukan calang calang event untuk ditonton. Barisan artis seperti Yuna, Ana Raffali, Miss Fynn, Robot Asmara, Lovesick Ave. dll. Ber-mc kan abang Bandu Funky Doryz, aku rasa event ini satu lagi kejayaan Rantai, walaupun audience takdelah banyak mana. Jadi takdelah sesak semacam.



30 MEI
BBQ NINE
Event ni sebenarnya tidaklah aku dijemput personally, aku diajak kawan aku gara gara invitation sepatutnya untuk 2 orang. Jadi setibanya di sana agak agak jam 8.30pm, rupa rupanya ramai jugak kawan aku yang pergi. Tapi sumpah sikit pun aku tak makan. Ye lah, bukan aku masak ayam aku, jadi kesian la kat orang yang mengipeh. Lepas tu layan tengok awek awek hot bercium sesama mereka. Aku rasa geli pun ada, tapi daripada takde apape aktiviti, baiklah ada sikit buat tontonan kaum Adam.



7/8 JUN
ROCK ON RAVE
Rock On Rave diadakan di Rootop Cineleisure Damansara dengan entrance RM 35 tak silap. Event ni bukan event sebarangan, masuk pun kena ada security check, yang aku rasa bau badannya takat masam tak masam la. Tutup hidung juga aku ni. Aku datang sehari je iaitu pada 8 Jun, dan event ni aku bukan pergi suka suka, aku masuk pun sebab aku booth agent (dilantik oleh saudara aku), under booth Oh Chentaku dan booth aku betul betul sebelah booth Bangkit. Setibanya di sana, meja dah buka, tapi event belum start. Dalam jam 2.00pm baru event start, dengan opening act by Bunkface (sepatutnya mereka perform 7hb), tapi sayang, opening takda orang lagi. Dalam pukul 5pm baru orang sesak nak datang. Kat situ, beberapa artis jugalah yang aku jumpa macam Rina Omar (dia emcee kot), lepas tu ada Nik Adruce (pelakon Brainscan tu) dengan Sharifah Arianna (pelakon Mukhsin). Tapi sumpah Rock On Rave sangat rock.


22 JULAI
PEMERGIAN ATUK TERSAYANG.
Tahun ni juga sebenarnya aku bergelumang dengan pengejaran masa, sebab banyak masa aku tahun ni dihabiskan dengan menjaga Atuk aku yang sakit sejak bulan 8 tahun lepas. Dia menghidap kanser tekak, mungkin gara gara merokok. Di kala akhir akhir hidup sihatnya, barulah dia ambil inisiatif untuk berhenti
merokok. Masa itu pun suara arwah dah tak ada. Jadi pada tanggal 22 Julai, bersaksikan seluruh ahli keluarga yang hadir, atuk aku pergi dengan hanya sekali hembusan nafas. Tapi sayang, aku tiada di sisinya ketika dia pergi. Cukup sedih untuk aku gambarkan tangisan ibu aku yang meraung di dalam kereta, apatah lagi tangisan aku. Tiap teguran aku padanya kini aku sesali. Tapi, nak buat macam mana, Allah lebih menyayangi atuk aku, aku tidak boleh berbuat apape selain redha pada ketentuan Allah.

29 JULAI
CHELSEA ASIA TOUR 2008
Game ini diadakan lebih kurang 8 hari selepas pemergian atuk aku. Kalau nak ikut, perasaan hiba itu masih ada, dan aku taknak pergi pun. Tapi sebab dah beli tiket yang agak mahal lah sebenarnya, jadi aku pergilah bagi mengelakkan pembaziran. Aku rasa bertuah dapat pergi, ye lah, dapat tengok Ferreira kesayangan aku walau sekecil semut pun jadilah. Game lama tu aku rasa pasukan Malaysia tidak kurang hebatnya. Hanya 2 gol je yang berjaya dibolosi Chelsea hasil tendangan Anelka dan Lampard. Aku tak berani nak komen apape, sebab yelah, aku tak lah sebijak mana nak komen tentang bola, in any way, Malaysia gave a effort.

2 OGOS
LAYAR TANCHAP MERDEKA
Layar tanchap ni aku pergi tanpa dirancang. Tujuan pergi pun nak tengok Ayah Agi perform, sebab sepupu aku pelajar TEKA (student dia) jadi nak tengoklah bagaimana Tuan Pensyarah buat persembahan. Aku rasa layar tanchap merdeka juga satu lagu kejayaan yang dikecapi mereka. Crowds yang datang juga amat memberangsangkan, dan band yang perform juga tidak kurang hebatnya. Aku paling berminat menonton filem pendek berkisahkan muzik indie, tapi sayang, filem itu hanya sempat aku tonton sekerat jalan. Di Layar Tanchap ni jugalah aku baru tahu Miss Fynn sudah berpunya apabila dia mempersembahkan puisi Budak Sunyi dan Pari Parinya. Again, aku tidak tunggu sehingga habis, kerana banyak hal yang perlu dilaksanakan.


13 OKTOBER
PMR
Penilaian Menengah Rendah 2008. Bersaksikan Dewan Bestari, SMK Seksyen 11, Shah Alam, aku telah duduk di meja BH029 K025 selama 5 hari berturut turut. Kalau ikut memang tension kerana PMR diadakan beberapa hari selepas Raya Aidilfitri, jadi tak berapa enjoy nak raya. Walaubagaimana pun, syukur Alhamdulillah, persediaan yang awal menyebabkan aku kurang tension hendaknya. Bukanlah mudah semua kertas yang aku jawab, ye lah, PMR JE *kata orang* tapi syukur, aku boleh jawab.

26 OKTOBER

OPEN HOUSE RUMAH NABILAH
Kenapa aku kata open house NabilahRadzi ni istimewa, sebab open house dia aku tunggu sampai malam, dan ye lah, aku nak admit, aku excited dapat jumpa Hujan kat situ. Besides, sempat juga aku jadi suri rumah kat situ, tolong Cik Nabilah basuh pinggan, along with MaryamAdila dan Mia. Kami balik agak agak jam 9pm. Lepas tu aku terus kena marah sebab balik lambat. Hish.




18 NOVEMBER
MUSIC RESITAL AT SUMMIT HOTEL
Pada malam 18 November ni, aku diminta oleh Cikgu sekolah untuk membuat persembahan bagi event Malaysia-Thailand Educational Joint Research 2008 di Summit Hotel, Subang Jaya. Aku telah menyanyikan lagu My Way dan Gambang Semarang. Ini first time aku perform untuk orang luar, jadi agak kekok, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tak lupa juga pasukan tarian sekolah aku yang tidak kurang hebatnya. Syabas semua!


28 NOVEMBER
GIRLS DAY OUT
Pada hari Jumaat ni, aku, kakak, Hannah, dan Kak Ica(sepupu) telah menjelajah satu kota Kuala Lumpur, (takdelah satu kota) tapi satu kota Bukit Bintang tanpa tujuan yang spesifik. Kami berjalan dari KLCC, ke Pavillion, seterusnya ke BB Plaza/Sg Wang, kemudian ke Times Sq. Selepas itu ke KLCC semua dan kemudian bergerak ke Traders Hotel. Dengan hanya sekadar RM50++ di poket, cukuplah untuk jelajah satu BB. Di Traders hotel, sempat kami lepak di situ bersama Ibu dan kakak Hannah. Sempat juga kami lepak di PoolSide. hehe dengan muka tak malu.


6 DISEMBER
LIVE IS MUSIC
Live Is Music Charity Event telah diadakan di Dewan Melati seksyen 7, shah alam. Amat dukacita dimaklumkan bahawa event ini satu kerugian besar. Dengan crowds yang boleh dikira jumlahnya, aku rasa kesian kat organizer yang terpaksa menangung malu/kerugian. Bands sampai 12, tapi sayang tiada crowds, mungkin kerana ramai yang telah pulang ke kampung kerana sambutan Raya Haji (8hb) yang bakal tiba. Anyway, aku sebagai crew tumpang sedih akan ketidaksampaian objektif event ini.

Spina Bifida.


14 DISEMBER
RANTAI ART EVENT

Rantai kali ini diadakan di tempat yang sama iaitu di Red Bungalow, KL pada 12, 13 & 14 Disember. Dari segi kualiti artwork, aku ucapkan syabas kepada team rantai kerana mereka pasti sudah memperbaiki mutu artwork yang dipilih. Selain itu, bilangan art booth juga mungkin perlu ditambah bilangannya, tapi dengan melalui proses pemilihan yang juga berkualiti. Aku juga sempat menonton persembahan seorang saudara baru Islam kita, iaitu saudari Aleya. Saudari Aleya menceritakan pengalamannya melalui hidup yang penuh kebencian dan penindasan terhadap kecintaannya terhadap Islam. She was a superb Allah's creation. In any way, Rantai merupakan satu lagi kejayaan.


20 DISEMBERBER
CUTI DI GENTING.

Jujur aku cakap, ini kali pertama dan mungkin terakhir tahun ini aku bercuti. Bukannya apa, selain ketiadaan masa untuk pergi bercuti sebab sibuk perah otak untuk PMR, (ceh) kerana sibuk menjaga nenek di rumah juga menyebabkan aku sekeluarga tidak sempat untuk pergi bercuti. Syukur Alhamdulillah dapat juga pergi akhirnya. Tapi sayanglah, sebab aku rasa amat rugi masuk ke outdoor theme park. Pertama, harga tiket yang agak mahal, kedua, tak sampai 2 game pun kami main, hujan/rebas sudah mula turun. Sampai pukul 7 kot, langsung kami main di Indoor park, dengan menggunakan wriststrap outdoor. hehe jahat!





30 DISEMBER
KEPUTUSAN PMR 2008
melabuhkan tirai dengan kejayaan 8A yang aku kecapi. Syukur ke hadrat Illahi aku dapat mencapai impian ibu bapa aku, aku dapat lihat wajah kegembiraan ibu dan kakak aku, merasai kesyukuran ahli keluargaku dan mendengar ucapan tahniah daripada kawan kawan ku. Aku tak pernah merasa segembira ini, mungkin sebab sekarang aku mampu berfikir, baik buruk sesebuah keputusan yang boleh membawa perubahan dalam hidup aku. Sejurus aku menerima slip keputusan di tangan, aku gapai ibu aku dan terus menangis. Lepas tu aku dapat kan cikgu cikgu aku, cium, ucap terima kasih pada mereka. Ya lah tanpa mereka siapa lah aku.Selepas pulang mengambil slip peperiksaan, aku pergi membuang masa bersama Amiera, Asyiqin, Kae, MaryamAdila dan Phee. Cukuplah ini sekadar hadiah kejayaan sementara aku ni. Tidak aku meminta lebih. Ini semua rezeki masing-masing. Hanya Allah mampu menentukan kejayaan seseorang. Aku amat bersyukur dikurniakan ibu bapa yang amat memahami, kawan-kawan yang lantang bersuara dan ahli keluarga yang mengambil berat. Alhamdulillah sekali lagi. Aku bersyukur. Tahniah kepada semua pelajar PMR 2008. Syabas aku ucapkan.



Apapapun yang terjadi pada tahun 2008, akan sentiasa aku sematkan dalam minda dan jadikan kenangan yang penuh bermakna. Segala suka/duka yang telah aku tempuhi akan aku jadikan pelajaran. Segala kelemahan aku, akan aku perbaiki supaya aku jadi seseorang yang baru dan berguna. InsyaALLAH, aku akan cuba untuk jadi lebih baik setiap masa dengan azam dan impian yang baru.Selamat Tahun Baru 1430h/ 2009.
Assalamualaikum.

Khamis, 25 Disember 2008

I'm Singing Man!

hey, mind to view this youtube site: http://www.youtube.com/watch?v=suUB4KlOsRI&feature=channel_page (if you do have youtube acc) and give out your opinion. I'm pleased to hear any comments. Thanks.




video ini dirakam di rumah Aina, di mana bbq telah diadakan di rumah dia malam 24 Disember. Tapi, bbq ini tiada kena mengena dengan Sambutan Hari Natal, sesungguhnya hanya itu masa yang sesuai diadakan. Video ini dilakukan secara spontan, jadi segala kesilapan yang korang nampak, memang kerana kurang persediaan.
Selain itu, kalau korang browse video video di youtube dengan taip 'Munifah', ada jugalah korang jumpa video video aku yang amat memalukan.
Contohnya video ini juga.



Yang ini aku perform masa persaraan Pengetua sekolah aku. Memang bila difikirkan balik, apa kejadah aku nak perform My Heart kat persaraan dia, tapi alang alang dah dapat slot, aku cari aja lah lagu yang aku dapat.
Video yang selainnya, korang tak payah cerita, ada aku menari tango, ada aku tengah miming misery business dan banyak lagi.
Apa apa pun, aku tak pernah ambil serius tentang komen komen atau kutukan yang aku pernah terima, sebab aku rasa video itu aku buat tiada reason yang istimewa. Unless i worked my ass off and got kicked because of it.

Selasa, 23 Disember 2008

Spesies manusia yang aku memang tak boleh tahan.

Blog ni mungkin agak kasar untuk dibaca, maaflah kerana terlampau emosional.
______________________________________ 
Walaupun aku baru hidup tak sampai setengah abad kat dunia ni, tapi aku rasa kalau aku ada spesies orang yang kurang enak kat sekeliling aku ni, aku rasa aku akan cepat mati atau I barely couldn't breathe, boleh kena heart attack. Sangat cliche bila kita baca tentang ciri ciri orang yang kita kurang minat.

Pernah aku terbaca di blog Melayu minimalis, blog blognya yang berlabel pemerhatian sangat menarik minat aku. Boleh juga sebenarnya aku menilai diri aku sendiri bila membaca blog si abang MM ni. 

Aku ni bukanlah orang yang jenis memilih (mungkin juga ya), dan bukanlah juga jenis seorang yang takut pada kekotoran (Automysophobia lah kiranya), aku ni seorang yang optimis dan berfikiran terbuka. 

Tapi ada juga sikap yang aku tak boleh tahan bila berdepan dengan makhluk Tuhan yang macam ni:

  • Spesies yang makan gelojoh.
Spesies orang macam ini aku paling kurang minat. Bukan kurang, tak suka gila babi la.
Bukannya apa, kalau makan laju tu aku boleh terima lagi, 
ni dah la laju, pastu kalau boleh nak lahap sebesar gunung makanan tu kalau boleh.
Yang aku hairan, makanan taklah lari kemana pun, tapi nafsu yang memuncak
bila lapar tu, memang aku amat disgust bila tengok.

  • Spesies yang meludah ikut suka. 
Orang orang macam ni aku rasa pergi buat negara sendiri lah.
Paling aku pelik, kenapa kalau nak ludah, dengah kahak kahak yang kuning tu
kau nak tunjuk kat orang. Tak ada ke sedikit rasa malu ke, segan ke bila meludah tu.
Yang memalukan, orang melayu yang banyak buat macam tu.
Bukan lah aku nak wujudkan sebarang diskriminasi, 
tapi ini kenyataan sekarang, dan aku sangat sangat benci orang macam ni.

  • Spesies yang tak flush mangkuk tandas.
Bila aku tulis kategori ni, aku rasa nak termuntah.
Sebab aku boleh bayangkan betapa pengotornya orang yang tinggalkan
sisa tinjanya macam itu je.
Orang macam ni aku rasa baiklah buat tandas sendiri.
Sangat geli bila difikirkan semula.

  • Spesies yang menggunakan kata kata lucah tidak kena tempat.
Orang orang macam ni berlambak kita boleh jumpa.
Tak kesahlah kau nak mencarut sebanyak mana, tapi kenalah tengok tempat.
Kalau kau mencarut dengan kata kata lucah semata mata untuk
jadi centre of attention, aku rasa lupakanlah niat kau tu.
Aku paling pantang kalau guna perkataan fuck tidak kena pada tempatnya.
Contohnya, apabila seseorang itu fail exam (misal kata),
terus menjerit, what the fuckkkk!
Aku rasa tak relevan kau nak cakap macam tu, sebab salah kau juga kau
nak mengenakan perkataan fuck tu di hadapan result exam.

  • Spesies manusia yang memotong queue.
Ini memang spesies manusia yang kurang pelajaran lah aku rasa.
Kalau aku jumpa, janji temper satu badan aku dibuatnya.
Lagi lagi kalau di mesin ATM atau di mana tempat yang menggunakan sistem beratur.
Sudah tertera terang-terangan, Sila Beratur,
takkan tak boleh baca?
Peliklah. Aku rasa orang macam ni darjah 6 pun mungkin tak lepas.

  • Spesies yang tak reti nak angkat telefon, tapi caller ringtones nak gempak.
Oran macam ni aku rasa takda telefon pun takpa agaknya.
Kalau aku ada masa jumpa orang macam ni, mahu aku rampas handphone nya dan
langsung kasi adik saudara aku pakai.
Dia lebih mahir menjawab telefon dan bukanlah sekadar nak showing caller tunes yang
standard nak gempak je.
Orang macam ni aku rasa pemalas yang amat. Bukannya aku call nak kutip hutang ke,
tapi mungkin ada emergency, mana tahu?

  • Spesies orang yang banyak bertanya semasa menonton wayang.
Ho, yang ini aku memang anti gila babi.
Kalaulah aku tengah tengok cerita favourite aku,
aku pasti akan fokus menonton sampai korang tak dengar aku menghela nafas.
Tapi kalau sedikt pun saat aku ditanya dengan soalan soalan macam ni,
'Lepas ni apa jadi?'
'Dia ni siapa?'
'Ending nya apa cerita?'
Alamat korang dapat maki daripada aku.
Sorry to say, but yes, no doubt I will do that.



  • Spesies manusia yang tak reti nak berterima kasih.
Kalau orang yang macam ni,
aku sangat sedih sebenarnya,
lebih lebih lagi kalau aku dah buat sesuatu yang aku rasa
segala tenaga zahir dan batin telah aku curahkan, tapi sedikit pun langsung tak
pernah nak berterima kasih. Mungkin ada mereka cakap secara langsung, 
tetapi bukan dalam nada yang ikhlas. 
Aku pernah sesekali menangis sebab aku rasa aku ni tidak
tak berguna, but it turns out, orang orang yang macam ni memang berlambak di pasaran.
Cuma kita tak tahu siapa.

  • Spesies manusia yang lupa kawan.
Yang ini maaf kalau ada di antara kawan kawan aku yang terasa.
Sejujurnya aku tidak bermaksudkan sesiapa.
Tapi memang, orang orang macam ni antara manusia yang aku benci nak lihat lagi.
Kalau Tuhan dah kurniakan aku sahabat macam ni,
apa yang aku boleh buat selain bersyukur.
Tapi kadang kala kita tidak dibalas dengan seadanya.
Mungkin ada yang sudah jauh meninggalkan aku dari segi mental dan fizikal,
mungkin lebih kaya dan bijak,
tapi sekali aku sudah reject kau, dan kalau kau nak memohon maaf dariku,
sorry, aku taknak terima.

  • Spesies manusia yang menunjuk untuk dapatkan perhatian.
Orang yang macam ni aku kategorikan dalam aspek,
orang kurang mendapat perhatian.
Mereka mereka yang terdiri daripada orang macam ni 
mungkin kurang belaian ibu bapa,
langsung mencari jalan mudah untuk dijadikan publisiti. Nak dijadikan satu cerita,
pernah aku berjalan dia Pavilion, Kuala Lumpur (carita kakak aku)
terlihat aku seorang budak kecil yang agak agak berumur 10-11 tahun,
badan kecil kurus dan rendang,
tapi sedang menghisap rokok sambil kawannya menangkap gambar.
Aku peliklah, kau nak canang satu myspace ke kau merokok?
Atau saja nak buat tontonan percuma dia Pavilion tu.
Tak dapat aku deny bahawa ada mata mata yang tua memandang sambil menggeleng.
Tapi apakan daya,
dia boleh la berkata,
'Aku punya suka lah'
ish rasa nak hentak je budak macam ni. So disrespect.



Inilah antara janis jenis manusia yang aku benci kat dunia ni. 
Kalau nak ikut, beratus-ratus jugalah jenis orang yang aku benci, 
tapi aku mampu menulis sekadar di sini sahaja. Nak panjang-panjang,
nanti sahaja lah. Kita hidup kat dunia ni kena saling bertolak ansur.
Bukan main taram ikut suka. Hidup ni memang susah nak capai keadilan,
tapi kita sebagai penduduknya, sama samalah fikir consequences yang bakal tiba.

p/s: Aku teringat kat ex-boyfriend aku lah, Jesse McCartney.




Rabu, 17 Disember 2008

Budak Kecik Sekarang Pandai Posing Maut.

Setelah seharian di kampung, rasa bosan itu memang ada. Sumpah aku cakap. So, dalam bosan bosan tu, aku tangkaplah gambar-gambar adik saudara aku, anak kepada ACIK aku. Aku bagitahu korang, mereka 4 beradik ni bukan calang-calang budak kecik, kalau nampak aku pegang kamera, mesti nak kena tangkap gambar mereka. Fotogenik satu hal, lepas tu gambar kalau boleh nak tangkap beribu. Fuhh, kena minta payment lepas ni. Hehe, jom lah kenal satu satu sepupu aku yang kecil kecil ni.

Ini yang paling sulung. Baru berusia 7 tahun, tapi perangai macam 40 tahun. Marah adik sikit punya garang beb. Ben10 menjadi kegilaan dia. Kami di kampung panggil dia CHAMP. Tapi Champ ni kurang fotogenik sikit, jadi aku dapat snap 1 je gambar dia.


Kemudia ada si Angah. Dipanggil ACE, berumur 5 tahun. Si kecik ni pelat satu hal. Kalau nak cerita, memang tergelak gila babi la. Nak lihat satu conversation:

ACE: 'paktu paktu, tati abang terdaya!'
Paksu : HEH? 
rupa rupanya, 'paksu paksu, kaki abang berdarah!'

dan macam tu lah keesokan harinya.

Seterusnya, ada si kakak. Anak ke-3. Aku panggil Shasha. Yang ini, sikit punya mak latup kau. Suka sangat pakai make-up. Risau aku. Kang belum besar muka... Taknaklah aku cakap. Yang ini pelat 'S'. Korang faham faham lah pelat 'S' macam mana. Gambar ni aku dapat snap masa dia tengah baring dan juga masa dia tengah garu leher. Bila dia dah berhenti garu, aku suruh dia garu lagi, agak agak dapatlah shot lawa sikit. Heh.

Kemudian, yang paling kecil. Najiha namanya. Umur nak masuk 3. Aku panggil dia YAYA, atau Jiha. Si kecik ni paling ciwek (kuat menangis). Tapi kalau nak tangkap gambar, yang ini paling senang nak deal. Gambar yang 1st snap tu aku suruh dia buat muka terkejut, seterusnya sedih, lepas tu gembira, lepas tu blurr. Hehe, bolehlah aku dapat satu dua daripada takde. Aku paling tak tahan gambar yang bawah nama Najihah tu, shot blurr yang aku suruh buat. Heh, tu dah macam muka high je. Adalah daripada takde. Si Jiha ni kalau bercakap, aku masih kurang mengerti apa yang dia kata, tapi Alhamdulillah, dia faham apa aku cakap.

Gambar gambar ni ditangkap masa mereka 4 beradik tengah lunch Nasi lauk kicap dengan air gas strawberi. Jadi korang nampaklah beberapa gambar yang mulut tu comot-comot dengan misai merah, haha

Bahagianya aku tengok 4 adik saudara aku ni. Mereka akan menerima adik ke-5 tahun depan. Moga moga selamat ibu mereka lahirkan bayi itu dan harap harap lah nama korang tak panjang panjang, susah aku nak mengingatnya. 

p/s: nak pulaklah aku adik baru. Tapi mak aku pun dah lanjut usia. mmm.

Isnin, 15 Disember 2008

Semalam Di Kuala Lumpur





Selepas beberapa jam pusing K.L. aku gerak RANtAi Revelation. Artworknya sangat best, two thumbs up. Tapi suasananya sunyi, kurang menarik kerana cuaca yang tidak mengizinkan, dan juga art booth yang kurang meriah. Tapi RANtAi kini jauh lebih baik. Syabas.

Khamis, 11 Disember 2008

Semangat Mahu Kurus

Raya Haji/Qurban baru sahaja berlalu. Rasa rasanya raya Qurban sumpah lagi meriah. Entahlah kenapa kan. Tapi seriously, kemeriahan Raya Haji ni macam berlipat kali ganda meriahnya. Dengan nenek aku yang sibuk dok buat ketupat, rendang, kuah kacang, agaga terliur pulak aku depan skrin komputer ni.


Aku kini dah resign. Dah berhenti start 2 haribulan disember. Sekarang rasa rindu gila pula kat akak kedai buku tu. Rindu juga kat abang Giordano yang comel lote tuh.


Semenjak dua menjak aku berhenti kerja ni,
nafsu makan aku makin bertambah-tambah kuatnya. Lagi lagi baru habis Raya Haji ni. Berat pun macam dah berkilo kilo naik, haish, makin runsing aku dibuatnya. Rasa macam dah telan se-tan lembu. Huish, aku masih dalam mood raya ni ye.


Jadi, sebelum ni aku ada memutarkan satu persoalan dalam blog Mata aku beratlah, kenapa
lelaki lebih suka perempuan kurus?
Aku ada dapat 2 komentasi

daripada 2 hamba Allah(ye la 2 je):
__________________________
Hunn berkata...

I think its because theyre soooooo typical and that type of boys are soooooo boring. Perempuan pun tak nak kat dia! Haha


----------------------------------------


pjoe berkata...

sebab saya kurus


___________________________


Okay, berdasarkan dua komentasi di atas, sebenarnya komentasi pjoe aku kurang mengerti. Kerana aku rasa macam ada sikit diskriminasi di sini. Ini pada pendapat aku lah.


Komentasi pertama daripada Saudari Hannah.


Okay, mungkin juga lelaki-lelaki yang sangat typical@biasa, yang idamkan awek-awek yang kurus. Mungkin ada yang nak tahap bulimic atau anorexic. Aku tak boleh nak komen kalau lelaki itu boring atau tidak, tapi itu pilihan masing-masing. Dan kebanyakan kini ramai perempuan moden banyak mengamalkan cara cara yang salah untuk menguruskan badan:

Aneroksia.
Anoreksia nervosa ialah penyakit jiwa yang berkaitan dengan masalah pemakanan.
Antara cirri-ciri penyakit ini termasuklah berat badan yang terlalu rendah, bentuk badan yang kurang menarik, dan juga perasaan takut jika berat badan bertambah.
Pesakit anoreksia nervosa sentiasa mengawal berat badan dengan sengaja berlapar dan muntah, bersenam berlebihan, atau menggunakan kaedah penjagaan berat badan yang lain seperti pil-pil diet. Penyakit ini selalunya melibatkan perempuan dewasa, kanak-kanak yang meningkat remaja dan juga golongan lelaki yang meliputi sepuluh peratus.

Bulimia.
Bulimia nervosa merupakan sejenis masalah pemakanan yang amat biasa di kalangan masyarakat yang berada dalam lingkungan 20-an. Penyakit ini sering dikaitkan dengan perasaan ingin muntah, sering menyalahkan diri sendiri dan perasaan susah hati yang membimbangkan dan diikuti dengan selera yang melampaui batasan.


Photobucket



Merokok.
Merokok dalam kalangan wanita kini tidak lagi asing. Kebanyakan mereka memulakan tabiat merokok sejak di bangku sekolah kerana terikut dengan rakan sebaya. Mereka yang merokok rata rata memberikan alasan bahawa merokok boleh menguruskan badan. Sesetengah pula mengatakan emosi menyebabkan diri terdedah kepada keinginan merokok. Ada juga yang mengatakan merokok kini merupakan satu trend.



Pengambilan Pil Kurus/Ubat Pelawas.
Pengambilan pil pelawas kini semakin menjadi popular. Tapi ramai tidak tahu bahawa pil pil sebegini mampu merosakkan buah pinggang si pungguna, dan seterusnya boleh menyebabkan lumpuh separuh badan.

Kadang-kadang aku rasa perempuan yang mengamalkan cara-cara di atas tu gila. Mentally unwell. Sanggup bergadai nyawa sebab nak kurus AJE? Ya Allah, hidup ini pendek, takkanlah nak pendekkan lagi? Tapi memang, aku rasa, kalau sesetengah perempuan itu tidak kurus, boleh menyebabkan gangguan emosi yang teramat. 

Sumpah, pada suatu ketika, aku pernah disisihkan kawan kawan sebab aku ni tak masuk saiz gang mereka. Waktu tu, umur aku belum 15 la, kemudia aku mula berfikir, apa salahkah aku terlebih berat? Kenapa hanya kerana berat aku disisihkan? Di saat itu, aku mula rasa rupa itu penting. Look Does Matter. Lelaki typical yang mungkin dimaksudkan Hannah adalah lelaki yang mungkin mengidamkan girlfriend yang sangat lawa, sampai semua orang mungkin mahu kejar. Dan dia boleh berbangga dengan banda yang dia ada. Maaf, aku mungkin tak campur dengan lelaki macam itu.


Kadang kadang aku rasa disgust, tengok perempuan yang merokok, seolah olah mereka boleh hidup lama kat dunia ni. Aku bukan la wujudkan diskriminasi kat sini, dan dan kawan rapat aku pun smoke juga, tapi ye la, selepas aku tengok arwah atuk aku sengsara barah tekak kerana merokok, aku jadi fobia dan sangat takut apabila berdepan dengan muka muka orang yang tak takut mati ni.


Aku ni jenis berfikiran terbuka, dan aku harap semua orang begitu. Bukanlah aku nak cakap apa, tetapi aku jadi sangat geram apabila perempuan berisi/gemuk disisihkan. Mereka juga manusia, makan minum sama jugak, suap guna tangan. Tapi kenapa ada sesetengah orang yang tak sedar diri ni, senang hati menyisihkan golongan macam ni? Bukan itu sahaja, tambah-tambah dengan ejekan yang tak seberapa, buat e-mel layang, fwaa, emel layang pun dah ada sekarang tau dan macam macam lagi.


Kalau aku ada peluang nak ajar spesies terbiar macam ni, mungkin aku tak akan lepaskan peluang ni. Wahhh, (kedengaran emosional.)


Kemudian komen si abang Pjoe;
adakah maksud anda, jika seseorang itu kurus, pasangannya juga perlu kurus?

Kadangkala aku rasa mungkin perlu,mungkin tidak kerana perspektif orang berbeza. Kalau nak nampak cantik berjalan dengan pasangan, mungkin saiz itu penting lah. Nak lah juga membanggakan bakal mak mertua tu kan?

Tapi kalau sesetengah yang nak buat hiasan je, tapi perangai hampeh, baik tak payah lah kan.Mungkin perasaan cemburu tengah menguasai aku, tapi ada juga faktanya apa yang aku tulis ni. Kalau dulu diskriminasi kaum menjadi isu, kini diskriminasi saiz juga mungkin menjadi isu hangat. Jadi, aku berharap sangat orang orang yang rasa korang tahu menilai ni, tolonglah jangan menilai dari segi saiz badan. Sangat sensitif lah sebenarnya.

----------------------------------------------
Di sini juga aku ada sedikit info macam mana nak kurus.

First thing first, kurangkan makan makanan berkanji. Nasi seperti contoh. Aku rasa itu semua orang tahu, tapi kalau korang kata korang berdiet, sebaliknya makan satu loaf roti tak ingat dunia, tak guna jugak. Tapi ingat, jangan amalkan starvation diet. Nanti nak jaga segala macam penyakit satu hal.

sehingga berjumpa lagi.
MunifahPutri.

Sabtu, 6 Disember 2008

JOM LEPAS GERAM

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

KALI SERIBU JUTA JUTA JUTA KALI.

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan