Rabu, 28 Januari 2009

Masam Masam Manis


Dunia ini mungkin tidak seindah yang dilihat. Orang mungkin kata 'wah, Sunway itu majestic!' 'Wah, KL itu bombastic.' Tapi orang lupa pada ciptaan laut Tuhan. Yang terbentang luas meliputi seluruh muka bumi. Aku yang kini terkial kial cuba untuk mengenal erti Nature atau semulajadi semakin taksub dan ghairah melihat benda benda itu.

Mungkin Nature itu tidak seksi, seperti wanita berbibir tebal bak Angelina Jolie, tapi ianya indah dan menakjubkan. Jadi, untuk mengenal erti Nature dengan lebih dalam, aku bercuti ke Morib dan Port Dickson ketika cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.
*lama betul nak sampai tajuk utama*

Dan untuk melepaskan gian aku berendam dalam laut air masin tu, pun loncatlah ke dalam Pantai yang kotor bersalur air kencing/tinja manusia yang menginap di hotel berdekatan. Kedengaran sucks atau menggelikan, tapi sebenarnya baru kita boleh faham erti 'melepas gian' yang aku dah pendam buat sekian lama.

Cuti aku mungkin tidak sehebat becuti di Hongkong *uihh jgn marah* atau ke London, tapi cukuplah untuk aku sekadar menikmati waktu rehat yang dinanti-nantikan.

Malam berbeque yang Pak Su adakan sempena kejayaan 8A aku, terima kasih aku ucapkan seikhlas hati.

Dalam masa yang sama, aku juga telah didatangi berita tergempak!
Uih!

'Aku diterima masuk ke SBPI Gombak' *takdelah gempak mana*
tapi, sungguh untuk aku katakan,
aku amat gembira menerima tawaran yang 'once in a lifetime' tu
tapi bila aku disoal ibu bapa aku mengenai minat aku untuk pergi, tidaklah aku segembira yang disangka. Mungkin aku mahu pergi, atau mungkin tidak.
Alahai, tuhan sahaja yang mampu menentukan keputusannya.

Ini sahaja yang aku mampu update. Bukan gempak pun hidup aku ni, tapi cukup untuk aku sekadar bersyukur.

sekian.

Khamis, 22 Januari 2009

Romeo, romeo, where are thou romeo?

Busy like hell.
Banyak isu yang aku mahu ketengahkan dan yang sedang dalam pembikinan di dalam otak ni untuk aku tulis dalam blogspot ini.
Aku yang telah mendaftar sebagai ahli penagih blog rasa macam hampir hilang akal setelah lama tidak menulis di halaman ini.
Aku akan cuba bawa berita terbaik untuk tatapan semua.

Terima Kasih,
Munifah P.

Ahad, 11 Januari 2009

Mari Boikot/ Let's Boycott

Written In Malay:
Bersaksikan langit ciptaan Tuhan yang penuh gah ini, aku masih kurang mengerti mengapa masih ada sekelompok orang yang kurang bersyukur atas rezeki kurniaan Tuhan Yang Esa. Membunuh, mengebom dan membedil orang orang yang tidak bersalah semata mata untuk merebutkan tanah yang bukan hak milik mereka, dengan alasan untuk mempertahankan keamanan dunia. Pergi mati alasan kamu itu. Lahanat kau Rejim Zionis! kerana membunuh anak anak kecil yang tidak berdosa ini. Apa salah mereka pada kau? Sungguhpun engkau terlalu taksub dengan ketamakan dunia, janganlah engkau menyeksa kanak kanak seperti mereka. Wajarkah mereka diseksa ketika sedang bersekolah? Wajarkah mereka dibunuh ketika bersolat? Terbentang luas dunia ini, kenapa mesti darah yang engkau limpahkan ?

Sesungguhnya kita masih mempunyai akal yang waras, marilah kita sama sama bangkang keganasan Rejim Zionis di tanah Palestin. Boikot jenama-jenama keluaran Israel mahupun rakan sekongkol mereka! Jika tidak mampu, cubalah sedaya yang mungkin, sekian terima kasih.
(gambar hasil titipan pelbagai pihak.)





Rabu, 7 Januari 2009

Sayang Seribu Kali

Kawan biar seribu, kasih biar satu, tapi susahlah kalau kawan yang seribu tu harus ditinggalkan, walaupun hubungan baru berusia 4 tahun, tapi dalam 4 tahun tu, segala luka parah dan segala jenis parut telah ditinggalkan seterusnya mencetuskan secebit kenangan manis yang tidak mungkin boleh dikira bilangan cebitnya tu. Bila fikir sekali, sangat seronoknya bila kita mencari kawan baru, tapi kalau nak diingatkan semula, susah sangat lah pula untuk meninggalkan kawan yang sudah bertahun ni.

Sejurus aku mendapat panggilan telefon daripada kerani sekolah, memberitahu aku tentang kelulusan pertukaran sekolah, aku terus terdiam lalu mengalirkan setitis dua air mata. Kawan aku tertanya.

'Kenapa Mooney?'

Lantas aku memberitahunya, 'Dah lulus dah Umie,' aku terdiam lagi.

Apakah ini sebenar-benarnya yang aku mahu?
Mungkin ya, mungkin tidak. Sampai kini aku masih tertanya.

Pertama sekali, aku sudah tentu tidak mahu menyusahkan ibu aku menghantar aku ke sekolah, kesana kemari, tatkala dalam kondisi keluarga yang kurang stabil. Jadi aku harus membuat sedikit pengorbanan demi kesenangan ibu aku.

Memang bukan mudah bagi aku untuk menerima perpisahan ini, tapi mungkin ini lebih baik.

Jadi, sekarang aku harus bermula semula. Mencari kawan baru, cikgu baru dan segala benda yang baru.

Jujur, berat untuk aku tinggalkan sekolah lama yang telah banyak aku perkara aku tunaikan dari segi penyertaan pertandingan ini, itu, tapi ini aku harus terima, untuk mencapai cita cita, pengorbanan yang sedikit pun harus dilakukan.

Salam sayang aku buat semua warga sebelas, terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan, tunjuk ajar cikgu serta rakan-rakan. Ini hanya permulaan, penceritaan hidup ini masih panjang.
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar cikgu, saya sayang semua cikgu di situ, jujur saya bilang. Semoga berjumpa lagi.


Munifah P.
(ceh, sejak bila jadi Munifah P. ni, haha)

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan