Khamis, 26 Februari 2009

Tandas

Aku selalu sangat sakit perut kat sekolah sekarang.
Barangkali sebab minum susu pagi pagi,
jadi perut ni terhakis oleh asid folik tu.

So jadi datang sekolah,
tempat pertama yang aku akan jelajah dahulu,
Tandas!

ish buat hal pula perut ni,
kat rumah takde lah pula rasa macam ni.

Dah la pergi tandas, selalu ada *benda* tertinggal.
Haih, nak buang pun dah tak selera.

Jadi pengajarannya, JANGAN MINUM SUSU PAGI PAGI.

Ahad, 22 Februari 2009

Borak Borak Cik Kiah

Semalam merupakan hari penuh kesyukuran bagi aku.
Hari Kecemerlangan Pelajar, SMKS 11, Shah Alam.
Aku dijemput untuk menerima anugerah
-Tempat ke-2 dalam kelas.
-Terbaik M/P Matematik
-Terbaik M/P Geografi.
-Cemerlang PMR.

Di sana, aku melepaskan kerinduan terhadap guru guru dan rakan rakan seperjuangan yang hampir 2 bulan tidak berjumpa.

Bercakap soal rakan rakan seperjuangan,
aku menghabiskan banyak masa berborak dengan kawan baik aku, Nazrin, yang mulutnya seakan akan Cik Kiah kita. Penuh dengan gosip yang hanya boleh dibuat dosa.

Kemudian, pada jam 11.30 pagi, kami (aku, cik izzati, cik sofea, nazrin)
bertemu setelah sekian lama tak ketemu. (lamalah sangat)
di sana, kami TERjumpa Cik Yam Adila, Nabilah Radzi dan beberapa lagi niners.
What a coincident! (really?)

Tapi aku menghabiskan masa lebih banyak berborak soal sekolah lama.
Betapa orang itu pentingkan ini, orang itu lupakan ini, orang itu ini sana sinun, dan macam macam lagi.

Aku rasa sedih dengan suasana dan perubahan sekolah lama aku yang kurang ngam macam dulu,
mungkin sebab aku dah takde? (kahkahkah)
tapi aku harap kawan kawan aku tidak berubah sama sekali.

Yang tak boleh blah, Encik Nazrin aku tu, borak macam Cik Kiah,
story dia lebih gempak dari kami kaum Hawa,
mungkin dia banyak menyimpan perasaan, jadi di mana lagi nak lepaskan.
Selain aku? haha

Cerita dia dikejar junior hot, sampai ke tandas dan ke kantin,
haha aku yang perempuan ni tergelak nak mampus mendengar,
kot kot kalau ada ulat dalam perut,
aku dah tercirit ulat tu.

Haha, Tapi aku dah tiada di sana untuk berkongsi pengalaman.
Takpe, nanti aku akan dapatkan cerita yang lebih best dari korang samua.

Borak punya borak,
jam dah menunjukkan pukul 3.30 ptg.
HAH?
wow, 11.30 pg - 3.30 ptg. 4 jam melepak di Burger King,
macam melepak kat kedai mamak.

Agaknya kalau aku tak beli apapa,
dah lama kena halau. Hahah.

Jadi, sebelum kami dihalau, atau terhalau,
baiklah kami balik dahulu.

Salam sayang, jam 4 tiba di rumah!

Penat berborak sahaja, bila pula nak penat bersukan?
Jogging mungkin?
Lemak ni dah berkilo naik ni.
HAIH

Jumaat, 20 Februari 2009

Matematik Tambahan-Part Two.

Harini, aku dan other classmates (kaum Hawa) merentas desa ke SACC untuk menyiapkan kerja sekolah.

Memandangkan perpustakaan negeri tutup atas sebab yang tertentu, jadi kitaorang terpaksa cari satu tempat yang strategik, tidak bising dan sejuk untuk siapkan kerja sekolah.

Jadi secret recipe menjadi pilihan.

Janji datang pukul 2.30.
Tapi janji melayu kan, pukul 3.30 baru complete semua ada.
So, asasnya, kitaorang nak siapkan Projek Nilam(buku) dan juga nak buat meeting pasal Physics assignment on Solar Stove.

Tapi, biasalah, bila geng-geng Cik Kiah dah mesyuarat, macam macam cerita keluar.
Isi buku nilam punya pasal, macam macam cerita pula yang terpaksa direka.

Contohnya:

'Ali dan Abu (nama tipikal) berkawan baik. Mereka telah berkawan sejak 5 tahun yang lalu dan sehingga kini mereka akrab. Suatu hari, Ali dan Abu bermain bola sepak, tiba tiba Ali tersepak kaki Abu lalui berdarah. Abu menangis dan mengadu kepada ibunya. Ibu Abu memarahi Ali dan mereka berdua meminta maaf. Selepas insiden itu, mereka menjadi semakin akrab. Inilah yang diibaratkan, air dicincang tidak akan putus'

Wah dramatik sungguh!

Kitaorang duduk di situ dari pukul 3.30 ptg sehingga jam 5.30. 2 JAM!
dengan hanya memesan Teh O' Limau, Pepsi, RO water, dan 2 slices of cakes.

Aku kalau jadi akak Secret recipe tu, dah lama aku halau budak budak macam ni.
Hahaha, tapi aku bayar kan, service charge pon ada! Biarlah nak duduk lama mana pun.

Last last, aku dan kawan kawan mencapai jalan buntu untuk menjawab 1 soalan Add Maths.
Aku kata 'Lain Kalilah YE'

haha-.-
lain kali, nah amik kau,
aku dah siapkan.
Enjoy Yous!
Kami balik jam 6.30 dengan perut yang kenyang!
p/s: solar stove punya isu tak selesai lagi. haih.

Khamis, 19 Februari 2009

Matematik Tambahan

Harini hampir satu kelas aku kena denda (aku tak lah) sebab kebanyakannya tak siap kerja sekolah Matematik Tambahan.

Rata-rata yang tak siap tu, sebab mereka tak faham.
You know, Add Maths, subjek yang boleh buat aku pening kepala, menangis, tercirit dan terkencing.
Best memang best, tapi kalau best tapi tak faham satu apa, buat apa.
Jadi, mereka yang didenda terpaksa untuk menyiapkan kerja tersebut di belakang kelas sambil berdiri.

Aku konon bagus lah dalam add maths ni(konon ye), tapi bila cikgu ajar, kepala otak aku entah ke mana, fahaman add maths entah ke mana.

Nak benci add maths, haih, benci lagi aku subjek Kimia.

Jadi, semalam cikgu ajar functions, bab 1. Aku terfikir juga, kenapa selepas ajar bab 2 dan 4, baru ajar bab 1?
Rupanya cikgu pun tahu kami ni noob juga.
Functions ni, satu benda yang memainkan peranan dalam sesuatu equation.
Tahap pening kepala aku pun sama berserabut dengan fahaman add maths.
Haih.

Tapi aku kesian kan kawan kawan yang kurang faham la.
Nak suruh aku ajar, aku ni bukan nya bagus sangat pun, kalau sekadar membantu boleh la.

Sebenarnya, aku tak tahu nak tulis apa, blog pun dah lama tak update.
Topik-topik best pun lama dah tak dibincangkang.
Takkan nak isi pasal sekolah, hidup ,masalah?
boring lah pula, macam syok sendiri.
Aku, baca blog sendiri, tak ke kesian?

Lepas ni aku nak buat satu blog pasal BENCI.
Benci pada apa?
jeng jeng jeng. (ceh, konon gempak, padahal biasa je)

I have no idea. So, tangkap kamu kemudian. (catch you guys later)

p/s: i got A1 on add maths post test. :)) big smile on the face.

Khamis, 12 Februari 2009

Sekolah....Alahaii

Semalam aku pergi sekolah,
Ada ULBS (Ujian Lisan Berasakan Sukatan...kot)
Preparation macam, sungguh impromptu.

Sampai nama aku dipanggil,
Aku pun ada la sikit tajuk.

Aku pilih tajuk Movies/Filem.
Aku bandingkan filem tempatan dengan filem antarabangsa.

Yang tak boleh belah, Aku merapu bagai nak rak,
tak tahulah markah ULBS macam mana.
Aku tengok Cikgu English aku gelak je.
heh.
Malu amat sampai nak tercirit.

Lepas satu ketika,
kawan aku ada tanya,

'Muni, berat you berapa?'

Aku pun jawab, '540'

Kawan aku: WHATT?

Aku: 540 Newton la!

Isnin, 9 Februari 2009

Siksa Dunia.

Pada post aku yang bertarikh 23 Disember 2008, aku ada nyatakan spesies manusia yang aku memang benci.

Lagi lagi yang tak flush mangkuk tandas.
Uihh.

Kalau aku masuk tandas je, benda pertama yang aku check, mangkuk tandas.
Kok ada 'benda' yang tertinggal kan. Itupun, kadang-kadang aku tak check,
aku masuk tandas, terus aku flush. Kalau tak hilang tak tahulah.

9 Fubruari 2009/Isnin,
Aku tiba di rumah selepas bermalam di kampung.
Sampai-sampai je,
perut aku dah buat lawan pedang yang memuncak,
terus aku masuk tandas dan flush mangkuk tandas tu.

Mak aku pulak bising,
'Adik, apasal flush awal awal? Membazir air lah!'

Aku dengan tegas menjawab,
'KOT KOT ayah ada tertinggal apape 'barang' ke mummy.'

heh, lantak pi la. Janji aku buang dengan aman.
(padahal mak aku bayar bil air, hek hek)

Khamis, 5 Februari 2009

Hati Yang Tak Tenteram

Situasi 1._____________________
Aku suka dia,

suka sama sapa?

ADALAH!kau mana boleh tahu.

Do you love him?
No i don't, i like him.
Love is something i have to study and to learn from the mistakes.

Kita tak boleh bermain dengan perasaan. Kalau tak, menipulah namanya.
Dan mampukah kita menipu dengan perasaan sendiri?
Kalau aku, 100 peratus tidak!
Diri nampak bodoh dan sewel.

Situasi 2._________________________
Aku kini sibuk bermain cinta. Cinta dengan kawan. Aku sayang kawan, sebab kawan aku hebat.

Tapi sekarang, kawan hebat semua nak pergi. Pergi asrama.
Berjuang demi masa depan!
MRSM lah, SBP lah. Belajar dalam kondusi yang sama, cuma situasi yang berbeza.
Alasan di beri, peluang sekali seumur hidup, bila lagi?
Betul, aku setuju,
tapi kesian aku, aku sayang korang, janganlah pergi!
Tapi aku tak mampu menghalang,
aku bukan mak kau, bukan bapak kau,
kawan je, kawan yang tah, berapa lama boleh bersama. Haih.
Sayang seribu kali sayang.

Dukacita aku beritahu, aku telah menolak ke SBPI Gombak.
Aku tahu ini peluang yang amat besar, mendapat tawaran ke sekolah kluster,
tapi kalau aku tak bersedia, buat apa?
Nanti aku diperbodohkan, aku dipergunakan.
Nescaya aku jadi orang tak guna, merempat tah kemana.
Jadi aku harap keputusan aku 100 peratus bernas.

Berbalik ke Situasi 1._________________________

Cinta itu buta, mungkin juga tempang.
Aku rasa sesuatu, sesuatu yang lain, sesuatu yang aku kini amat taksub,
taksub pada benda itu.
Benda itu makhluk ciptaan tuhan, atas kata saintifik, Homosapien.(Manusia lah)

Bila berjumpa, bertegur tidak.
Tapi gelombang internet lebih power, kami dapat bertegur.

Aku macam ular kena patuk, menggedik bengkang bengkok.
Jumpa dia, aku jadi ulat bulu.

Tapi aku runsingkan sesuatu,
jarak umur yang jauh membuatkan aku kurang berani bersuara.
Kenapa ye?
Takut?
takut pada respon dia yang mungkin negatif sama sekali?

Mungkin juga.

Biarlah! kita tengok dulu, sejauh mana perhubungan ini boleh pergi.
Pasrah. Adoyai!

Isnin, 2 Februari 2009

Dunia Yang Tak Indah

Kenapa tak indah?
Sebab ada sekolah.

Kenapa tak suka sekolah?
sebab kena belajar.

Tak belajar awak tak boleh pandai macam ni tau? Takda myspace, blogspot semua ni.
Oh yeah, HAAH LA!

jawapan paling bodoh aku pernah dengar.
Siapa yang cakap?
Akulah!
Jadi ternyata aku bodoh.

Sekolah dah mula, lepas seminggu cuti bulan madu. Aku tak suka! Sebab kena bangun awal!

Di Port Dickson, aku tidur dan bermalam di rumah Pak Su aku, jadi tak payah nak keluar duit sewa hotel. Pak Su aku ada dua anak, dua dua lelaki, seorang bernama Arif, seorang lagi bernama Amirul.

Nak dijadikan cerita, sepanjang bulan madu aku di situ, mereka berdua tak siapkan kerja rumah masing-masing. Lantak pi lah depa, sapa suh tak buat walaupun aku ada kat situ.
Jadi, lepas sahaja aku balik dari Port Dickson,
Si Arif telah disuruh ibunya(Maksu) untuk menyiapkan kerja sekolah Bahasa Malaysia-nya. Karangan berkenaan cita-cita.

Si Arif berumur 10 tahun (darjah 4) . Dia sudah terlampau taksub dengan tarian breakdance.
Jadi, bila disuruh ibunya untuk menyiapkan karangannya, dia bercita-cita untuk menjadi
Seorang Penari Profesional.

Langsung dilihat ibunya, disebatnya Arif berkali kali sambil meraung raung. Ibunya suruh dia jadi doktor atau peguam. Tapi, Si Arif ni berkeras nak tulis cita citanya itu. Nak gelak pun ada, kesian pun aku ada. Alasan ibunya, 'kenapa tak suruh kakak kakak tolong masa hari itu(masa cuti)?'

Haih kesian budak kecik tu. Biarlah dia nak jadi penari profesional pun, at least dia sudah mempunyai cita cita, tak untuk masa depan, tapi mungkin buat masa ini.

Macam dulu, tatkala umur aku 6 tahun, beriya iya aku nak jadi doktor. Konon gaji tinggi, padahal, tengok darah pun aku nak termuntah. Nak jadi doktor apebendanya. Doktor haiwan pun aku taknak.

Jadi, walau apa pun jua cita cita kita, biar kita yang tentukan, kita yang nak cari duit, bukan orang lain. Nak jadi artis? Jadilah! asalkan itu apa yang kita minat.
Jadi salam, aku nak jadi graphic designer, boleh?


p/s: hati aku parah atas kekalahan Chelsea dalam BPL.

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan