Khamis, 19 Mac 2009

Malam Mocca/ Jangan Cemburu

Buat peminat setia Mocca, jujur gue sebenernya bukan mahu kasi kalian cemburu buta, tetapi mungkin mahu kasi sikit jealous (sama je) memandangkan gue udah dapek ketemu sama Mocca buat julung julung kalinya. Nyata sekali persembahan mereka amat hebat dan mantop sekali, dan juga tidak rugi gue membeli tiket RM 25 mereka. Tidak lupa buat abang guiter yang ganteng Rico, haha sangat hebat. Sayang sama Mocca.

Buat mengubati rasa cemburu kalian, ku hadiahkan kalian gamber gamber malam 1000 memori gue bersama Mocca.












Gara gara sudah sayang dan taksub sama Mocca, gue juga telah membeli merchandise mereka berupa baju T tour Mocca.


Dan pagi keesokan harinya, Mocca di Astro Awani Jam 10 pagi.
Wow, bila lagi gue bisa ketemu sama mereka?

Selasa, 17 Mac 2009

Esok : Rabu Malam

Selain menikmati cuti sekolah yang membosankan, Syukur juga la ya aku dibenarkan untuk menonton Mocca live di Shah Alam.
Bagi siapa yang kurang mengenal siapa itu Mocca, mereka adalah band independent langsung dari Indonesia yang membawa rentak Jazz/Pop.
Kalau ikut, bukan mudah nak menyaksikan kehadiran Mocca ke Malaysia, apatah lagi Shah Alam. Kehadiran Mocca di Zouk satu masa dulu membuatkan aku kecewa sebab bukan lagi masa aku untuk masuk Zouk. Jadi, selagi peluang itu ada, jangan dilepaskan.
Kalau ikut, presale tiket dah ditutup tarikhnya, so pandai pandailah kalian kumpul duit untuk door price.
Tambahan, persembahan daripada band indie tempatan juga ada seperti Decma, Sundae serta Rumi yang juga saling berkait dengan genre Mocca. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
Semoga berbahagia di malam Rabu anda.

Wassalam.

Isnin, 16 Mac 2009

Hari Isnin Saya..

Hari: Isnin
Tarikh: 16 Mac 2009
Tajuk Utama: Lesu
Sebab Utama: Bosan
Komen Utama: Kesian!
Hala Tuju Utama: Syok Sendiri
Penyelesaian: Photoshoot
Hasil: kurang memberangsangkan.
sekali lagi: KESIAN!

Sabtu, 14 Mac 2009

Bila Dah Besar...

Watak utama: Mina dan Abu. (tiada kena mengena yang hidup ataupun mati.)

Darjah Satu.
Mina dan Abu masuk sekolah rendah. Masing masing malu malu sakan.

Darjah Tiga.
Mina dan Abu berkawan baik, masing masing pandai bersosial. Awak tepuk saya punya, saya tepuk awak punya (punya tangan!)

Darjah Lima.
Mina dan Abu seolah olah menyimpan perasaan. Tapi nak control dulu. Kau boleh tolong aku? Aku tak faham la matematik ni. Duduk sebelah menyebelah tapi kurang bercakap, masing masing tersipu malu.

Darjah Enam.
Mina dan Abu menduduki UPSR. Ambil result, jumpa! Tapi tidak bertegur. Konon dah besar, malu! Kemudian ke sekolah menengah.

Tingkatan Dua.
Bertemu semula. Mina dan Abu masuk sekolah menengah yang sama. Dari saya/awak, ke kau/aku, langsung I/you. Aww Macam filem hindustan.

Tingkatan Empat.
Setelah beberapa tahun cinta tersemat, lama lama, 'You, sudi jadi teman i?'
Si Mina, 'oh, pasti sayang,' WOW! sayang tau!

Lepas SPM.
'You, I rasa kita perlu cari haluan masing-masing.'
'Oh, takpa, i mengerti.'

Alkisah/Pengajaran.
Cinta itu tidaklah datang sekali, yang pertama boleh dijadikan pengajaran, yang kedua teladan, yang ketiga gambaran masa depan. Kita hanya mampu meneliti hidup ini, tapi tak mampu menilik untuk keesokan harinya. Jangan putus setakat ini, cuba lagi lain hari. Cinta monyet bukan sekadar monyet, tapi monyet yang memberi keinsafan dan juga teladan. Hari ini sejarah, besok misteri dijelajah.
Wassalam.

Khamis, 12 Mac 2009

ok tak?

ok tak wajah baru?
haha
sekarang sangat sibuk.
nasib baik minggu depan cuti.
heep heep horay.
habiskan duit mak ayah.

Khamis, 5 Mac 2009

Nak Beri Wajah Baru.

Rasa nak ubah la rupa blog aku.
Aku nak edit edit template blog ni kurang pandai, so aku ambil template yg sedia ada, ubah sikit sikit.

Sekarang tengah nak cari idea nak ubah gambar header dan gambar profile.
Gambar header mata tu macam seksi sangatlah pula.
Kang tak pasal pasal berdosa pula orang orang yang tergoda tu. (kekekeke)
So nak buat gambar suci sikit, mungkin sekadar tulisan, keep the blog title and description.

Gambar profile pula, nak letak gambar sendiri,
tiba tiba karang disalah pakai oleh orang orang yang rasa muka dia buruk. (nada geram)
contohnya
kes Adibah yang gambarnya disalah guna sehingga menimbulkan kontroversi.
(perihal blog mengutuk nabi itu)
yang sampai sekarang tak dapat jumpa suspek sebenar.

Haish, macam macam la masalah bila teknologi multimedia ni semakin maju.
Sampaikan wujud kes jenayah digital.

So, masih gunakan konsep hijau, warna kegemaran, dan konsep kontemporari.
Tapi nak main colour sikit.
Kasi hue kan sikit. hehe. Baru nampak lomo.
haha.

Salam.

Selasa, 3 Mac 2009

Gembira Bak Louis Santana.

Pejam celik pejam celik, dah bulan Mac dah ye.
Ye la, rasa hari tu macam baru pindah sekolah baru,
sekarang yang baru dah terasa lama gila.
haih.

Penat pula nak fikir tentang perkara perkara yang mendatang,
yang boleh memecahkan kepala otak, kasi tukul paku dalam sistem saraf ni.

Tapi nak buat macam mana, asam garam kehidupan.

sekarang tepat jam 11.51 pm, a.k.a 2351,
9 minit meniti tarikh 4 Mac,

Muna:Eh eh, Beday sapa eh?
Muni: Eh, mana cek tau...
Muna:Hang tak tau kaa? Beday tuan empunya Kerana Mulut Badan Binasa.
Muni: Loh, ya kaa? Eih, cek tak heran naa.

JAM: 12.04am/ 4 MAC 2009.
eleena: HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHHHDDAAYY TOO MUUNIFAAAH HAPPY BIRTHDAY TOOO YOUUUUU
eleena: kalau kau dgr betul betul aku nyanyi tu sedap doh
eleena: hahaha
eleena: weh kau dah 16 siuuut!
munifah: heh.
munifah: aku nak dgr!
munifah: haha
eleena: hahaha nanti aku perform yaa
munifah: haha
munifah: tu la
munifah: 16 do
munifah: haih
munifah: makin berat tanggungjawab
eleena: dan makin dekat nak habis sekolah and dpt lesen
__________________________________
WOH, korang pandang lesen ye!
Amiera pun sama, haha.
Nanti aku dah ada lesen, bayar duit minyak! Bukan murah haa.

Habis sekolah?
WO WO!
habis sekolah jangan cakap,
dah habis SPM, bak mai cakap kat cek.

Enam belas, sweet sixteen lah orang kata.
Nak kata sweet, haih, setiap tahun memang manis.
Tak ada beza, nak kata makin tua, memang ya. Nak buat macam mana,
takkan makin muda? Alamat aku makan manjakani lah kan.

Tapi 16 ni la disaat di mana kita menerima bebaban hidup yang baharu.
Bukan 16 saja, tetapi setiap kali sambutan ulang tahun hari jadi.

Nak kata merdeka!?
Waalah, taik kucing.
Bahagia? Barangkali!
Bebas? (sama je lah dengan merdeka)
jauh sekali.

Tapi apa yang boleh kita buat, bersyukur,
Bersyukur yang kita boleh meniti umur dari tahun ke tahun.
Bersyukur kita masih mampu mendengar seruan Happy Birthday,
Bersyukur kita dapat hadiah,
dan bersyukur kita masih punyai teman untuk menyambut.

Jadi rakan rakan, aku bersyukur kerana hadiah aku adalah kamu semua.
Wassalam.

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan