Khamis, 30 April 2009

Kenapa: facebook macam myspace/ myspace macam facebook?



Part Status yang tak boleh bla.
Yang hairannya, sebijik sama dah sekarang ni! Haha, kalau dulu, myspace transform dari satu pembaharuan ke satu pembaharuan, tapi sekarang macam klon sudah.

Lepas ni orang tanya aku tengah buat apa, aku cakap aku online 'MYBOOK'.
Advance terus sekali dua. Yang tak faham, Wallahualam.

Rabu, 29 April 2009

Insaf yang tak insaf

Exam sudah mampir,
tapi apa pun belum sedia, kenapa ni?

Mak aku kata,
jangan online dah,
ambil iktibar, insaf dengan myspace dan blogging!

Ceh, ayat taknak kalah, INSAF.

what the fish.

semakin lama, otak semakin kurang berfungsi,
hampir malfunction barangkali.
Barangkali kena minum pati ayam brands.
Mak aku sudah mula fikir untuk beli, patutkah?
haha sah sah terpengaruh dengan iklan di televisyen.

Baiklah, persediaan menghadapi peperiksaan;

  1. baca buku :(
  2. tengok televisyen (filem inggeris untuk belajar Bahasa Inggeris) :)sepanjang masa
  3. buat kerja sekolah :)
  4. pergi kelas tambahan :)
  5. ulangkaji pelajaran :(
  6. melepak di mamak:)
  7. habiskan masa untuk membuat dosa (bergosip) :)
  8. praktikkan penulisan karangan BM/BI :(
  9. baca sejarah (paling aku lemah) :(
  10. fahami chemistry :(
jadi jika aku lihat balik, 5/10 adalah persiapan aku, ke mana hilang lagi 5?
melancong ke Itali barangkali.
Ni baru list-kan 10, kalau 50, tah suku pun tak.
Macam macam cara aku sudah cuba untuk buka buku di rumah,
tapi, internet juga jalan yang aku tuju.
Nyata ketagih myspace.

Oleh hal yang demikian,
aku kini nak cuba INSAF, bak kata mak aku,
daripada melayari kehidupan alam maya ni.
Ucap selamat buat aku.
Usaha Tangga Kejayaan!

Salam.

Jumaat, 24 April 2009

Aku Tidak Tahu Menahu Tentang Tagging

Mungkin aku ikut perkembangan dunia IT,
bahasa Internet dan bahasa alam maya,
tapi sumpah aku tak mengerti apa fungsi tagging.

Jadi, berbekalkan post Eleena yang bertitle kan What late tag post,
aku akan membalas tag dia.

rasa rasanya, cara nya ikut je arahan kan?
____________________________________
Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true.
Leave the fibs alone. Then, tag 5 people to do the same test.

I’m 170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
I hate my friends.
I hate my life.
I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
Shopping is bullshit.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
I’m studying Fashion.
I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.
I buy CLEO every month.
My parents don’t know about my blog.
I have an iPod.
I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands.
I hate it when people cancel last minute meet ups.
I’m a rebel.
I don’t believe in love.
High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before.
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy.
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.We’ll last :)
I believe in long distance relationships.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backsI still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.
I’m hot. :P
I’m a sinner.
I’ve got a DS light.
I have a Wii.
I can live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.
I have 100% freedom.
Boys are assholes.
I hate Math.
I’m happy with what I have
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
I don’t read newspapers.
The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice.
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
I love swimming.
I haven’t worked out since March.
I think I’m fat
I love my friends and family

I TAG:

  1. Zyarina
  2. Hannah Hashim
  3. Sam Safwan
  4. Nik
  5. Ili Nazira

_____________________________

Siap, ditanggung beres!

Sabtu, 18 April 2009

Memori Klasik Kini, dan Selamanya

Jawapan teka teki kurang ajar 1:
SEBAB EKOR DIA KAT DEPAN!


____________________________________________
Baiklah, jelaslah hidup ini tidak semudah yang disangka.
Maksud aku, memang mudah, tapi orang senang ambil mudah.
*mudah itu satu perkataan*

Tatkala aku kini bergelumang dalam zaman metal, di mana Bullet For My Valentine menghantui aku, Bring Me The Horizon mencucuk reseptor jiwa aku dan A New Fall membuat debut baru.

Tapi bila fikir balik, aki kini merindui zaman boyband yang sangat digilai ramai suatu ketika dahulu.
Biar aku sebut satu per satu;

  • Backstreet Boys
  • N'Sync
  • Westlife
  • 98 Degrees
  • Take That
  • Five
  • Boyzone
  • O-Town
  • LFO
  • Hanson
  • All For One
  • Boyz II Men
  • The Moffatts
  • Soul decision
Dan jika boyband tempatan;
  • Inuendo
  • KRU
  • Indigo
  • dll.
Yang aku sedih, kemana hilangnya kemegahan boyband-boyband seperti mereka?
Kini aku lihat ada boyband seperti ;
Jonas Brothers, Varsity Fanclub, NLT, Menudo, Day 26.. apa kejadah?
Itu belum tambah boyband korea.
Bapak gay.

Kini, kalau ikut nota harian aku,
lirik yang tersemat di dalam otak aku semuanya lirik lirik boyband Nsync, BSB dan Westlife.
Lirik lirik mereka sangat menyentuh jiwa;
seperti bait bait lagu As Long As You Love Me-Backstreet Boys,
'I don't care who you are, where you're from, what you did, as long as you love,'
Wow, sungguh gramatis!
Padanlah zaman zaman itu, orang cepat kahwin.

Kalau zaman kini,
bukan sekadar 'kurang' gramatis,
malahan sungguh sensitif dan sarcastic.
Kadang kala pening kepala aku.

Ya, mungkin aku bukan pakar muzik.
Ini hanya sekadar pandangan dari sudut penilaian aku.

Kalau kita lihat dunia hari ini, semua sedang bergerak dalam dunia kemajuan.
Lagi lagi dari segi hiburan.

Tapi jujur, aku rindu zaman zaman mereka,
zaman Motley Crue dan ACDC,
zaman Gloria Gaynor dan Whitney Houston,
serta zaman gemilang Britney Spears dan Christina Aguilera.

Tapi semuanya 100% hampir berubah,
mengikut arus perubahan globalisasi dunia.
Kita tak bisa rewind masa,
tapi hanya mampu jadikan kenangan manis.

Jadi, konklusi;
aku dengar lagu metal,
yang liriknya aku tidak bisa dengar,
tapi muziknya aku mampu hayati.
tapi aku masih berpegang pada tiang agama.

Salam penghayatan.



Isnin, 13 April 2009

Teka Teki Kurang Ajar 1

Kenapa bila tarzan mandi berbogel di sungai,
semua haiwan gelakkan dia?

Jawapan dalam masa beberapa hari mendatang.
Selamat mencuba!

Khamis, 2 April 2009

Pabila Lampu Seksi Bermandikan Cahaya Rembulan

Konklusi kepada tajuk: AKU SUDAH HITAM!

tolong, aku mahu jerit 360ยบ!

ibu aku kata, aku ibarat The Mask memakai topeng hitam, bukannya hijau.
Tapi kali ini bukan Jim Carrey pegang watak utama, tetapi Munijim Putrey. (Jim Carrey + Munifah Putri).
Bangga bukan?

Berbalik kepada tajuk utama, ya! Aku sudah semakin hitam.
Hal ini berikutan dengan perjalanan pergi balik ke sekolah yang sejauh 300 meter.
*hek eleh, 300 je*

Ya, 300 sahaja, tapi cuba kamu kali dengan light intensity?
Wah, kalau setiap hari begini setiap hari, mahu aku berubah jadi Cik Puan Whoopi G.
Itu belum ditambah perjalanan ke sekolah untuk ko-kurikulum ataupun lepak di Pelita.
Barangkali, Asafa Powell boleh cemburu.

Jadi, bagi menghilangkan stress sebegini rupa, setiap pagi aku memakai krim anti-sinaran matahari.

Kalau muka aku terus berbelang, barangkali aku boleh sertai Jabbawockeez, tanpa perlu memakai topeng.
Lagi Bagus.


Bila Gambar Terpampang Public Di Myspace, Inilah Jadinya

pemilik asal gambar: Umi Atiqah.

Mood hari ini: Geram! Maaf.

Gambar kita disalah guna oleh orang lain yang kurang pendidikan sekolah, tiada pendirian yang tetap dan juga pengecut. Penyalahgunaan gambar dalam alam siber ni boleh memudaratkan reputasi seseorang, jika kita perhati betul betul. Bukan aku nak kata, 'Weh, haram guna gambar aku!' tapi at least, give some respect! Bersyukur sahaja kau bukan pemilik gambar ini, jika tidak, kau sebenarnya tak tau mana nak letak muka kalau orang tahu siapa kau.
Malu bukan kalau orang tahu?

Poser/Imposter atau dalam kata lain penyamar, mereka ini orang orang yang tergolong dalam kalangan orang yang kurang self-confidence. Sangat payah untuk mereka meletak gambar sendiri di Myspace ataupun Facebook. Jadi, kata putus: curi gambar orang!

Satu penyelesaian yang sangat bodoh, di mana boleh mendatangkan kemarahan orang lain. Kau boleh kata, 'Gambar Je!' Tapi gambar gambar pun, bukan hak milik engkau. Silap silap hari bulan, tuan empunya gambar boleh difitnah disebabkan perangain asshole engkau.
Dan akhir sekali, bukan kau sorang yang menanggung akibatnya, mak bapak kau juga terbabit:
takkah si imposter ini berasa malu? setelah dicaci dan dihina sebegini rupa? jadi ingat ingatlah, bukan semua orang ambil mudah dalam semua perkara, lebih lebih lagi kes kes melibatkan penyalahgunaan gambar, walaupun di alam siber, atau alam maya bak kata aku.
Semua orang boleh benci kau sehingga menggunakan kata kata kesat yang sangat memedihkan hati, kau nak dengar? Sampai bila, beritahu aku! Aku tulis dalam diari.
Marilah!

Aku mungkin tiada hak untuk menegur kau melalui lama web awam ni, tapi dengan gambar aku kau pernah kebas, memang panas lah hati ni. Maaf, sekadar meluahkan. Tolonglah ambil iktibar.

Jadi para myspacers, untuk keselamatan yang lebih terjamin, jangan approve sebarangan orang, dan open gambar anda untuk public, kecuali tiada masalah bagi anda. Berbagai benda boleh berlaku sekarang, walaupun hanya melalui gambar.

Wassalam.

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan