Sabtu, 23 Mei 2009

Pengakuan Lagi, Yang Ni Nak Canang Satu Blogspot

Hari Ini
Sabtu; 23 Mei 2009

Pengakuan 1
Kelas seni aku berlangsung selama 5 jam, wow! Best

Pengakuan 2
Balik dari kelas seni, aku tensi gila, lalu tonton filem hindustan, Mujse Dosti Karoge.
So sweet. Tengok muscle Hritik Roshan.

Pengakuan 3
Aku, Maryam dan Nabilah berjogging dari 9 ke 13. Meletihkan, tetapi, bagus,
lantas sampai di Skatepark, kami ber-rock climbing. Abang-abang rock climbing (peliknya)
kata kami hebat, sebab lepas jogging terus naik batu, hebat tuuu.
Haha, kami mungkin pendek, tapi KUAT!

Pengakuan 4
Aku jumpa Hafiz, Yazid dan Isma AF5 di skatepark 13, Akim pun ada, celebrate birthday anak Isma kot, tapi yang tak boleh belah, bila Hafiz pandang kitorang, semua control ayu,
tapi bila balik, masuk kereta mak aku, semua MENJERIT MACAM NAK MELAHIRKAN!

Pengakuan 5
Aku in-love dengan Hafiz AF. Ini magik.

Satu Pengakuan / Lebih Dari Satu Barangkali

Pengakuan Minggu Ini. (18/5 - 22/5)

Pengakuan 1

Aku tak suka orang meniru, paling pantang dalam peperiksaan. Bukan nak canang satu kampung aku baik sangat, jujur, tapi bila kita tahu seseorang meniru, kita rasa semua usaha selama ni macam tidak berbaloi.
Tunggulah SPM.

Pengakuan 2
Aku sedih Kris Allen menang AI, jujur Adam Lambert jauh lebih hebat, as in HEBAT! bukan bagus, tapi HEBAT. Jadi aku mahu berkabung buat sementara, pakai tudung warna hitam. (i always do)
Haha.

Pengakuan 3
Aku rasa rindu tonton filem Kabhi Khushi Kabhi Gham, saat air mata dan hingus meleleh,
muka cembeng dan tisu di tangan. Teringat darjah 2.

Pengakuan 4
Aku bangun pukul 4 pagi semata mata untuk mengulangkaji matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Lihatlah betapa semangatnya aku. Akhir sekali, apa pun tak ingat. Bagus.

Pengakuan 5
Aku tengok ulangan nyanyian Adam, No Boundary di finale berulang - ulang kali di Youtube.

Pengakuan 6
Aku gelak melihat jawapan Sejarah kertas 2 aku, sebab jawapan tahapape.

Pengakuan 7
Aku merajuk dengan kawan rapat aku selama sehari tak pandang muka nya semata mata untuk menguji kesabaran dan keimanannya. hahaha. (YE LAH TU)

Cukuplah sampai sini,
mata aku sudah menggunung taik.
InsyaALLAH, besok update.


Salam

Khamis, 7 Mei 2009

Myspace Term Exam/ Mid Term Exam

Macam mana ni ya?
satu masalah besar ni.

nanti tahun depan aku duduki Sijil Pelajaran Myspace, bukan Sijil Pelajaran Malaysia.
Lepas tu result macam lancau, tahu menangis.

Ayat yang keluar, 'KALAU lah aku baca buku...'
memang pelempang mari!

Tolong berikan satu tips hindari myspace, aku sudah ketagih.
Jarum jarum, kasi bius!


P/S :
kawan aku kata kalau taknak kasi bunga fresh layu, letak panadol dalam air.

Sekarang apa sudah jadi?Hampeh.

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan