Sabtu, 25 Julai 2009

Malas

Malas kemas bilik, malas lipat baju, malas buat kerja sekolah, malas basuh kain, malas cuci pinggan, malas MyBook, malas blogging, malas twitter-ing,

tapi rajin tengok tv.

Nanti dah dapat tenaga batin yang kuat,
InsyaALLAH aku update balik.

SALAM.

Khamis, 16 Julai 2009

Kenapa Kita Jangan Buat Orang Marah?

  1. Supaya kita tidak kena marah balik.
  2. Supaya kita tidak mengalami tekanan mental.
  3. Supaya kita tidak terkencing di dalam seluar (sebab dah cuak sebenarnya)
  4. Supaya kita tak naik marah semula
  5. Supaya kita tidak melakukan sebarang reaksi di luar jangkaan (naik tangan mungkin)
  6. Supaya kita tidak mengalami tekanan emosi.
  7. Supaya kita tidak dibenci.
  8. Supaya kita tidak menjadi target seterusnya.
  9. Supaya kita dapat berada dalam kondusi yang selesa pabila bertemu orang itu semula.
  10. Supaya kita tidak buat dosa.
Faktor aku bangkitkan isu ini, sebab aku amat takut tempoh hari, tatkala berada di sekolah, Makmal Fizik 1, Kelas Mama Biha. Siapa tahu, shh.

Mama mungkin bad mood ketika itu, jadi masuk kelas je, satu kelas kena marah, termasuk budak tingkatan 3 yang mahu bertanyakan soal perkara perkemahan.

Jujur aku bilang, hati aku amat berdebar bila dia naik angin, tatkala perkataan seperti 'kurang ajar' dan 'sombong' keluar dari mulutnya.

Rasa macam tak berkat pula nak belajar kalau dia tengah marah.

Haih, macam ni, bagaimana nak masuk ilmu fizik dalam otak?
Barangkali lebih banyak ilmu biologi, tatkala kami sekelas fikir dia sedang meniti perubahan horm*n.

Siapa lagi yang pernah kena?

-.-'

Isnin, 13 Julai 2009

Matematik Tambahan Part Three

Harini blur sangat,
apa cikgu ajar, aku tak dapat catch up
Barangkali kerana jerebu,
jadi aura mengantuk tu kuat betul.
Harap harap lepas ni darurat pula,
lepas kena kuarintin.
No school......!

p/s: sekarang season orang ganti puasa, aku pula rasa macam puasa sebab tak boleh makan depan orang puasa.

Jumaat, 10 Julai 2009

Menangis

Hari ni aku nak menangis
sebab jadual baru kelas macam cibai.
Tadi test add maths;
nak menangis keluar air mata nanah.
F1 mungkin tak jadi,
nak menangis air water cooler,
sebab menangis gembira kot?

atau tidak

Jumaat, 3 Julai 2009

Hello Boyfriend

Blogspot ini boyfriend aku.
Lama tak jumpa,
sebab aku ada boyfriend baru,
namanya F1.

F1 ni lahir dekat Germany, bapak dia nama Kayu Balsa, nama ibu Litar Lumba. Tengok nama korang tahu anak jati german. F1 ni bersifat agresif, dan sangat tegas orangnya.
Sebab dia sekarang aku selalu tidur pukul 2 pagi, habiskan kredit duit dan juga menghadap komputer 20jam. Memang gila, tapi sebab aku nak dia, aku tetap sanggup buat apa saja. Jadi, aku harap hubungan ni maintain sampai 3 Ogos dan seterusnya.

Mampukah Munifah lakukannya?
anda yang tentukan.

Peniup Belon

Foto saya
Shah Alam - Seri Iskandar, Selangor - Perak, Malaysia
berkarya untuk kepuasan

Makhluk Tuhan